Monday 23 February 2015

Trauma Sembelit Semasa Berpantang Hilang Dengan Set Berpantang Shaklee

Apabila disahkan mengandung, sangat gembira rasanya hati kedua-dua pasangan kan tak lama lagi nak timang baby lagi tetapi bila dikenangkan balik pengalaman bersalin, alamak berpantang adalah menyeksakan. Lebih-lebih lagi terkena sembelit semasa berpantang. Pengalaman ini hanya boleh dirasai oleh orang perempuan aje taw. Banyak kenangan pahit dan manis saat berpantang ni dan pelbagai juga masalah semasa bersalin yang membuatkan ramai mak-mak rasa serik nak mengandung. Ada jugak orang yang taubat tak nak anak lagi dah sebab tak tahan sakit selepas beranak. Sakit seperti di siat2 kan? Nak membuang pun susah kang terbukak benang jahitan kang...aduhaiii ...luka yang terkena pisau kalau terkena air pun dah sakitttt, inikan pula jahitan orang lepas bersalin..ni yang pernah bersalin je taw rasa sengsaranya ni, sakitnya tuh disini huhu.


Sembelit adalah masalah biasa yang dialami semasa hamil dan semasa berpantang. Mengikut fakta kira-kira 30-40 peratus wanita yang hamil mengalami masalah sembelit di peringkat awal berpantang.
Ini disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang semasa berpantang dan juga mungkin disebabkan kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan mak-mak pada peringkat awal selepas kelahiran. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Sebahagian pil zat besi yang diambil pada masa berpantang juga antara sembelit menjadi lebih teruk.

Sekiranya berlarutan adalah lebih baik terus berjumpa dengan doktor sebab jika dibiarkan akan menyebabkan buasir. Rawatan awal yang boleh membantu mak-mak yang ada masalah sembelit semasa berpantang adalah dengan melembutkan najis. Bagaimana kah caranya?

Kita sungguh beruntung hari ni sebab salah seorang keluarga iReach sudi berkongsi pengalaman berpantang secara LIVE. Daripada luka sampai lah ke masalah sembelit semasa berpantang, fuh memang sangat mengujakan. Berpantang macam tak berpantang dan yang lebih excited bila badan dia slim je dan boleh berjalan kesana kemari macam bukan jalan orang selepas bersalin.

Saksikan sendiri pengalaman beliau semasa berpantang dulu dan sekarang. Apa beza sebelum dan selepas beliau amalkan Set Berpantang Shaklee dan apa kesan keatas tubuh badan.


Puan Khadeejah ni rasa macam tak berpantang je selepas amalkan Set Berpantang Shaklee, sembelit teruk pun dah tak ganggu dah. Lepas ni tak trauma lagi lah ya puan.
...........................................................................................................
Bagaimana Set Berpantang Shaklee boleh membantu mak-mak kat atas ni dan apa istimewanya Set Berpantang sehinggakan badan yang mula nya lemah tak bermaya, jalan pun perlahan-lahan sebab sakit kat jahitan, nak membuang pun kalau boleh nak tahan sebab masalah sembelit. Sengsara ya dan selepas mengamalkan set berpantang ini, puan ini rasa macam segar dan bertenaga, tak mempunyai masalah yang selama ini menghantuinya. Klik Set Berpantang Shaklee untuk ketahui lebih lanjut set berpantang.


Untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini, anda boleh berhubung terus dengan saya atau boleh buat tempahan sendiri menggunakan kad debit dan kad kredit anda dengan hanya
 klik esell di bawah. Atau anda boleh terus hubungi saya seperti maklumat yang tertera di bawah.
Set Berpantang 
Untuk tips, konsultasi produk seperti Puan Khadeejah dan ingin menjadi ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

Friday 20 February 2015

Krim Pemutih Rumpai Laut Buat Kakak Jeles Dengan Adik

HOMEMADE KRIM SIANG RUMPAI LAUT (15gm) 

  
KHASIAT : -

Menghalang sinar UV.
Menegang kulit wajah.
Melembabkan dan menyegarkan wajah.
Menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
Kulit nampak cerah dan Licin.
Wajah bersih dan putih berseri2 kemerah-merahan
Bertindak sebagai ( Whitening, Moisturising.Smoothing.Anti Wrinkle.Anti Aging. UV Skin.)

KEGUNAAN :
Krim ini mengandungi Khasiat dan diperbuat dari 100% RUMPAI LAUT ASLI GRED AA untuk membelai kulit wajah secara semulajadi tanpa risiko bahan kimia dengan hanya sapuan rata di muka. Boleh di gunakan sebagai alas solekan, TIADA PENGELUPASAN ATAU KESAKITAN Krim ini untuk kegunaan waktu siang.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

HOMEMADE KRIM MALAM RUMPAI LAUT 15gm

KHASIAT : -

Menegang kulit wajah.
Menghilangkan parut jerawat.
Menghilangkan Jeragat.
Melembabkan dan menyegarkan wajah.
Kulit nampak cerah dan licin.
Wajah bersih dan putih berseri-seri.
Memberi kesan kemerah-merahan di pipi.

KEGUNAAN :
Krim malam ini mengandungi Khasiat yang ada pada rumpai laut asli Gred AA, Aloevera dan Minyak kelapa Dara untuk membelai kulit wajah secara semulajadi tanpa risiko bahan kimia dengan sapuan rata di muka sekali sehari pada waktu malam.

INSYA ALLAH HASIL AKAN NAMPAK DALAM MASA TERTENTU MENGIKUT KULIT ANDA. UNTUK KULIT NORMAL DAN SENSITIF, BERJERAGAT BOLEH GUNAKAN KRIM RUMPAI LAUT INI.

TESTI :

 ANDA BEZAKAN SENDIRI !!!


Kisah bagaimana adik ni boleh memakai krim Rumpai Laut ini adalah apabila saya tersalah pos krim 1 set dengan kakak adik ni, sepatutnya saya pos sabun tetapi yang sampai adalah krim. Daripada dibuang kakak adik ni bagi lah dia pakai sebab aktiviti sekolah membuatkan muka adik ni hitam, gelap, berjerawat dan kering Tidak lama dalam 1-2 minggu adik ni memakai krim Rumpai Laut. Sungguh menakjubkan muka tambah cerah sehinggakan kakak dia pun jeless. Kalau nak tahu kakak dia pun jadi agen sabun dan krim Rumpai Laut selepas tu hehe.


 
Bagi anda yang mempunyai masalah yang sama boleh lah mencuba produk ini.
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
HOMEMADE PURE COLLAGEN SOAP
 


ALAMILAH SENDIRI KEHEBATAN PRODUK PURE MARINE COLLAGEN BERASASKAN SUNNAH DENGAN GABUNGAN AIR ZAM-ZAM, MINYAK ZAITON, SUSU KAMBING & MADU LEBAH.
Cara guna :-

* Semasa mencuci, mohonlah pada Allah supaya disembuhkan segala masalah kulit yang anda alami dan berikanlah keserian, kecantikan dan kasihatan wajah supaya anda lebih yakin dengan penampilan baru anda :) Aaminnn.

1.Muka - Cuci muka anda dua kali sehari pada waktu pagi dan malam, biarkan sekurang-kurangnya 1 minit kemudian bilas dengan air suam atau air bersih.

2. Badan - Cuci badan anda dengan sabun ini terutama tempat yang bermasalah (gatal-gatal), biarkan sekurang-kurangnya 1 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Kelebihan :-

Dapat membantu merawat pelbagai masalah kulit yang kronik seperti :

1. Resdung
2. Jerawat
3. Jeragat
4. Bintik hitam / putih
5. Masalah kulit muka berminyak atau kering
6. Masalah muka atau badan mengalami kegatalan
7. Menambahkan seri wajah
8. Memutihkan & melicinkan kulit
9. Melembut & melicinkan kulit
10. Parut (Jerawat, luka, demam campak, dll) / Panau
11. Masalah kulit tidak sekata

* Sabun ini juga telah dibacakan dengan ayat-ayat Al Quran khusus untuk kecantikan dan kesihatan kulit & wajah.

Insyaallah guna dengan yakin dan mohon pada Allah, semua adalah dengan izin NYA :)


Hubungi Saya Khadijah Abdullah, FB Personal: Khadijahabd | ♥ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Tuesday 17 February 2015

Shaklee Semporna : Sungguh Kejam !!! Cabaran Diterima Dengan Terpaksa

Masa yang ditunggu telah pun tiba, 14 Februari 2015 saya bersama 2 orang rakan yang lain diminta share ilmu mengenai kepakaran masing-masing di branch Shaklee Kota Kinabalu. Saya yang berada di Semporna kena pergi Kota Kinabalu pada sebelah pagi sebab kelas akan bermula pada 2 petang. Kalau diikutkan branch KK tutup pada hari sabtu kedua dan keempat tapi alhamdulillah Shaklee sanggup tolong bukakan kelas untuk kami. Saya kena share mengenai teknik meningkatkan jualan secara online. Dua orang rakan yang lain diberi tugasan mengenai teknik meningkatkan jualan secara offline oleh Nieda dan Mia pula diminta share mengenai teknik berkesan atasi penolakan customer. Hebat tak hebat tajuk tu? rugi siapa yang tak datang.

Walaupun dipaksa, saya rasakan ia berbaloi kerana ini adalah kelemahan utama saya sebagai seorang peniaga dan kerana itulah saya lebih memilih bisnis secara online berbanding offline. Ingin menjadi peniaga yang berjaya perlu ada keyakinan yang tinggi terutama bila boleh berkomunikasi di depan orang ramai. Pengalaman pertama bagi saya tetapi Alhamdulillah saya bersama rakan yang lain BERJAYA mengharungi debaran dan cabaran itu. Walaupun Master Azrin tidak ada bersama-sama kami. Syukur..semua berjalan dengan lancar.

Bagi menjadi usahawan yang berjaya, perlu ada perubahan dalam diri kita. Semua ada cita-cita dan impian kan?. Tidak salah bermimpi asalkan mimpi diikuti dengan tindakan selari dengan impian. Setiap perkara yang baik akan ada cabaran dan dugaan nya.


Buang perkataan putus asa dari diari kehidupan kita. Terus berusaha!

Bila kita ada target tapi tak tercapai, jangan ubah target tapi ubah cara kita. Tiger Woods menunggu sehingga 13 tahun untuk mencapai targetnya. Dan dia menganggap 13 tahun itu adalah proses untuk dia lebih fokus bagi menjadi pemain golf terbaik di dunia”…


teknik meningkatkan jualan online
ACEWAHHH !!! kata rakan bisnis ..steadyyy !!! padahal bergagar.


teknik meningkatkan jualan online
separuh rakan yang datang ke kelas
 
Buatlah BISNES dgn hati yg ikhlas kerana ingin membantu orang lain insya Allah kita tidak akan cepat berputus asa.


teknik meningkatkan jualan online
Teknik Berkesan Meningkatkan Jualan.


teknik meningkatkan jualan online
Muka Pucat - hahaha.. rasain..

teknik meningkatkan jualan online

pagi sampai, malam nya terus pulang..suami tak bagi lama-lama hehe..
 

Bagi sesiapa yang nak tahu mengenai teknik tersebut ..kena lah berbaik dengan saya ya. Diatas saya rakamkan pengalaman kami bertiga semasa berada di kelas.

Untuk tips, konsultasi produk-produk Shaklee dan ingin mendaftar ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 
  

Friday 13 February 2015

Bagi Ceramah Di Branch Shaklee Kota Kinabalu Sabah Untuk Pertama Kali

Assalamualaikum semua.

Sebelum ni saya ada update blog kan, saya bagi taw saya ada nak bagi talk kat kelas di Kota Kinabalu buat pertama kali nya dalam dunia bisnis Shaklee ni. Sya dah tak dapat nak fikir dan takda idea nak update blog arini, so saya tinggalkan pesan ni je lah ya dulu.. nervess sangat ni. doakan saya ya semua semoga dipermudahkan perjalanan saya ke KK Sabah dan dilancarkan talk saya tengahari esok.

terima kasih semua, sekiranya da pesanan, macam biasalah hubungi saya ya.

Untuk tips, konsultasi produk-produk Shaklee dan ingin mendaftar ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 
  

Thursday 12 February 2015

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sah Meninggal Dunia Di Malam Jumaat

Pada beberapa minggu yang lepas ada jugak tersebar berita kematian Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS, tetapi itu adalah kabar angin semata-mata. Di masa itu memang kesihatan beliau sudah mulai terganggu. Malam ini malam jumaat malam yang sungguh berkat, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sah Meninggal Dunia pada jam 9.45 malam. Berita yang sangat mengejutkan seluruh Malaysia dan juga berita yang amat menyedihkan. Kita kehilangan besar seorang lagi ulama. Semoga arwah tok guru berada dikalangan ahli-ahli syurga...amin


Saya secara peribadi pernah bertemu beliau secara tidak sengaja. Ini terjadi apabila buat pertama kali saya ke Kuala Lumpur untuk membeli barang hantaran untuk perkahwinan saya pada tahun 2009. Saya bersama rakan yang lain telah dijemput oleh keluarga kawan saya dan kami singgah makan sebentar di kedai makan tepi jalan je. Pada masa menikmati makanan tu, tiba-tiba ada kereta masuk dan yang keluar dari kereta tu adalah Datuk Nik Abdul Aziz. wahhh rasa terkejut jugak, beliau dan yang lain duduk disatu sudut di bahagian luar kedai. Tidak ada istimewa dan tidak ada bilik khas yang berhawa dingin pun di kedai tersebut. Pelik jugak kan, biasa nya orang yang terkenal begitu mesti pergi ke restauran-restauran terkemuka dan yang elok sikit atau pun hotel-hotel. Tapi begitulah orang nya, serba sederhana hidup nya.

Perginya ayahanda bersamaan tarikh syahidnya Imam Hassan Al Banna

" Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur. "

- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)


‪‬

Wednesday 11 February 2015

Adakah Pedih Ulu Hati Lebih Dari 2 Kali Seminggu Tanda Penyakit.

Pedih ulu hati atau lebih dikenali sebagai gastrik adalah rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadang-kadang merebak ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.
 
Apakah punca masalah pedih ulu hati??
Masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid daripada perut ke dalam esofagus. Esfogus adalah satu tiub atau saluran yang menghubungkan mulut dan perut iaitu berfungsi untuk menyalurkan makanan terus ke dalam perut. Masalah gastrik juga adalah merupakan gejala bagi masalah jantung atau serangan jantung.

Ketidakhadaman merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan.

Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:
  • Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut
  • Sendawa
  • Rasa loya dan tiada selera makan
  • Rasa kembung atau penuh di bahagian perut
Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan tanda-tanda berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.

PENYEBAB PEDIH ULU HATI :
 


Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya bertambah apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, minum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).

FAKTOR yang menyebab kan pedih ulu hati :

  • Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat.
  • Pengambilan alkohol dan kafein.
  • Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan.
  • Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan.
  • Diet rendah serat.
  • Mengalami tekanan dan kemurungan.
  • Berlebihan berat badan.
  • Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat).
  • Mengandung.
  • Merokok.
  • Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline).
Cara Hidup:

Perubahan diet dan cara hidup boleh membantu mengurangkan dan menghalang simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman termasuklah:

  • Makan makanan yang kurang lemak dan kurang pedas, coklat, rasa pudina dan makanan-makanan lain yang diketahui boleh menyebabkan simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
  • Makan dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein (contohnya kopi, teh atau cola). 
  • Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.
  • Jangan berbaring selepas makan.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
  • Tinggikan sedikit bahagian kepala semasa berbaring sekiranya mengalami simptom.
  • Tidak melebihi berat badan ideal.
  • Jangan merokok.
  • Amalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tekanan.

Gastrik Kronik SEPULUH Tahun tiba-tiba sembuh?

Gastrik memang satu lagi masalah orang zaman sekarang. Ada yg terkena gastrik sebab sengaja skip makan, ada yang nak kurus punya pasal dan ada jugak yang tak sempat nak sarapan dan lunch oleh kerana terlalu sibuk kat tempat kerja.

Paling teruk dan menakutkan, sekali dah kena gastrik berkemungkinan besar terseksa selama-lamanya. tak kena ulser perut tu dah kira cukup beruntung sangat dah.

Tapi ia langsung berbeza dengan wanita yg bernama Fara Hana ni. Apa yg buat dia sembuh secara tiba-tiba? tak sengaja pulak tuh? eh bagaimana ya? saksikan sendiri biar TESTIMONI VIDEO ini berbicara.




Dia pesakit gastrik kronik sampai tak boleh bangun 10 tahun lepas. Tapi kini beliau cergas. Apa rahsianya? Nak tahu cara makan yang betul sehingga gastrik kronik pun boleh sembuh? Sila berhubung terus dengan saya atau boleh order menggunakan kad debit dan kad kredit dengan hanya klik esell di bawah.
 
sakit gastrik
Untuk tips, konsultasi produk seperti puan Fara Hana dan ingin menjadi ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

 

Sunday 8 February 2015

Ahhhh !!! Aku Nervessss...

Ahhhhh !!!
Aku Nervesss... eh ini bukan saya yang cakap... ni Fazura yang cakap masa pembukaan Maharaja Lawak Mega Akhir 2014 hehe.. cantik kan Fazura malam tu dan yang bestnya Zero orang Sabah bah menjuarai MLM malam tu..choppppp !! bukan itu yang saya nak ceritakan..saya nak luahkan perasaan nerves ..ya AKU NERBESSSS sekarang !!!!.. tidur ku tak lena, mandi ku tak basah, makan tak kenyang....haha nampak sangat menipu nya.. tak lah sampai kesitu kesan dari nervous ni..kenapa plak aku nerves? haaa ni la mama Azrin punya pasal la ni..hehe...tapi niat mama Azrin sememangnya baik. Seorang leader kena berani menyahur cabaran kan, baru keluar dari kotak 'selesa' tu.

Bagi yang kenal saya, saya seorang pemalu (pemalu bertempat la) dan yang sebenarnya saya seorang yang pendiam. Tak banyak idea nak disembangkan sebenarnya. Muka jak garang dan serius (ini feedback dari kawan-kawan yang kenal saya) tapi hati manyakkk baik. Saya tak pernah lagi nak bagi speech kat depan orang ramai seorang diri dalam tempoh yang lama. ermm kalau nak dicakapkan tak pernah, tipu jugak sebab dulu saya pernah mengajar di UPM Bintulu Sarawak sebagai tutor sambilan tapi kat UPM digelar Penunjukajar Sambilan, selama 3 semester. Boleh plak kan bercakap kat depan pelajar UPM tapi gabra jugak mula-mula. Lama kelamaan biasa dah.
Mungkin betul kata Mama Azrin kena mula dari sekarang, kena biasakan diri.

Nak berjaya kena buat yang luar biasa dari biasa. Ok saya terima walaupun tak taw macam mana lah keadaan nya nanti, mudah-mudahan saya tak ter'hang' kat depan.hehe... ehh buang aura negatif lahh.. kena yakin boleh ni.. nak jadi hebat macam mama Azrin..lupa plak nak kenalkan. Azrin ni mentor kami, saya berada di bawah susur galur mama Azrin..keturunan ke-7...mama Azrin dah berjaya naik Master taw. Orang pertama Mealyu bumiputera sarawak yang berjaya naik rank Master iaitu rank tertinggi didalam bisnis Shaklee. Orang nya sempoi dan simple gilaaa... peramah sangat...selesa lah dibawah kepimpinan mama...

Sabtu ni ada kelas yang diadakan oleh mama Azrin di Branch Kota Kinabalu Sabah dan antara yang kena bagi speech kat depan adalah saya sendiri ..hehe... Rabu ni dah kena submit slide .nak kena audit dulu oleh mama... dan tajuk saya ialah.. Teknik mendapat jualan setiap hari melalui Online sahaja..haaa hebat tak hebat tajuk. korang nak taw jugak ke? kena lah hubungi saya. ni poster untuk klas hari Sabtu ni. Cer teka yang mana satu saya.. hehe...doakan saya ya ..semoga dipermudahkan dan dilancarkan tutur kata saya sepanjang daya kat depan kelas...

 
Untuk tips, konsultasi produk-produk Shaklee dan ingin mendaftar ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 
  

Friday 6 February 2015

Kitaran Haid Tidak Normal Ganggu Hubungan Suami Isteri

Setiap wanita yang sihat akan mengalami datang haid atau datang bulan pada setiap bulan. Kitaran haid bagi seseorang wanita adalah berbeza. Pada umumnya ada yang mengalami kitaran haid 28 hari, 30 hari dan paling lambat 40 hari. Itu masih dianggap normal. Ada yang terlambat datang haid, dan jika haid terlambat dalam tempoh seminggu itu boleh dikatakan haid tidak teratur. Biasanya penyebab utama haid tidak normal dan haid tidak lancar atau haid tidak menentu adalah akibat dari hormon yang tidak stabil. Sekiranya pendarahan haid tidak menentu dan berlarutan lamanya anda perlu rujuk ke doktor pakar kerana ia merupakan tanda-tanda penyakit yang serius. Ingat kitaran haid adalah lambang kepada kesuburan setiap wanita.

Tempoh pendarahan haid adalah selama 3 hingga 7 hari dan ada yang 10 hari. Sesetengah wanita ada yang mengalami pendarahan sehingga berbulan lamanya dan ada yang lama tidak mengalami pendarahan haid tiba-tiba mengalami pendarahan haid berminggu-minggu pula. Ada yang kadang-kadang dalam sebulan haid boleh terjadi dua kali. Rutin bulanan ini akan menjadi rumit bila tempoh haid tersebut mengundang rasa sakit di bahagian bawah perut, badan rasa lemah dan sakit. Ini mengundang banyak masalah kepada kerja rutin seharian terutamanya dalam hubungan perkahwinan.

Bagi pasangan suami isteri jarak jauh ini sangat memberi kesan dimana mereka hanya akan bersama pada waktu-waktu tertentu sahaja. Oleh kerana kitaran haid tidak menentu, sukar untuk mereka bersama apabila tiba masanya. Masalah akan jadi tambah rumit bila ada yang ingin merancang kehamilan. Malah bukan saja itu, akibat ketidakseimbangan hormon, emosi isteri agak terganggu dan mudah untuk marah dan ini juga menyebabkan hubungan yang sememangnya dah jauh semakin jauh. Amat membimbangkan sekiranya ini berlarutan. Jangan pandang ringan pada gangguan haid anda kerana ia mungkin menunjukkan sesuatu masalah sedang berlaku didalam tubuh anda dan ingat ini juga dialami oleh wanita yang belum berkahwin.

Berikut ada antara penyebab haid anda terganggu

1. Penurunan Berat Badan yang mengejut
Berat badan yang turun secara mengejut dalam waktu singkat boleh mengakibatkan gangguan pada kitaran haid seperti lewat dating haid. Keadaan gangguan pada pola makanan Kondisi gangguan pola makan serius seperti anoreksia (obsess untuk kurus) dan bulimia (makan berlebihasecara mendadak dan terlambat datang bulan.

2. Stres
Doktor pakar Alyssa Dweck, M.D., dari web Women's Health menjelaskan bahwa hypothalamus, salah satu bahagian penting dari otak yang sangat terpengaruh oleh stres. Hypothalamus adalah tempat bernaungnya banyak hormon yang mengatur kitaran haid. Jadi ketika stres mengganggu hypothalamus maka pengeluaran hormon pun jadi tak seimbang. Disebabkan ini lah wanita yang bergelar isteri terutamanya asyik nak mengamuk dan merajuk tak tentu pasal sampai pening kepala di suami. Emosi tak tentu.

3. Gangguan Pada Kelenjar Tiroid
Kelenjar tiroid yang terdapat pada leher berfungsi mengatur metabolisme dalam badan. Kelenjar ini juga berkomunikasi dengan banyak sistem tubuh badan yang lain agar berjalan dengan baik. Tapi ketika terjadi ketidakseimbangan pada tiroid, samada hipotiroid atau pun hipertiroid, maka akan menganggu kitaran haid.

4. Hormon Tidak Seimbang
Penyebab utama kitaran haid tidak teratur adalah hormon yang tidak stabil
"Gangguan hormon ini ada kerana beberapa faktor, seperti selalu penat, kuat bekerja atau stres. Terlampau banyak berfikir boleh mempengaruhi hormon estrogen dan progesteron sehingga menganggu pendarahan haid serta kitaran haid.

5. Pil Perancang
Kitaran haid juga boleh terganggu dengan pengambilan pil perancang atau alat perancang seperti IUD.

6. Penyakit
Bagi wanita yang mengalami gangguan kitaran haid, adalah dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dari doktor pakar sakit puan. Sekiranya masalah hanya berkaitan dengan hormon, doktor biasanya akan memberi pil hormon bagi menyeimbangkan kembali hormon yang terganggu. Sekiranya gangguan adalah berpunca dari penyakit doktor akan membuat pemeriksaan lebih lanjut ke atas anda. Mungkinkah anda sebenarnya ada penyakit endometriosis, atau PCOS? Ish, takut pulak.


Saya percaya ramai wanita yang diluar sana yang mengalami masalah sejagat ini dan mungkin ada yang sudah mencuba pelbagai produk dan berhabis sejumlah wang untuk merawat masalah haid tidak teratur ini. Amat menyedihkan lagi bila bertahun-tahun sudah berkahwin tetapi tidak berjaya memiliki zuriat. Masalah haid ini mungkin adalah salah satu faktor penyebab anda tidak subur. Bagaimana produk Shaklee boleh membantu anda?  mari saya bantu anda  dengan Set Hormon ini

GLA Complex Shaklee membantu  membentuk prostaglin untuk mengawal hormon. Prostaglandin membantu untuk mengawal ovulasi, menyebabkan implantasi dan ovum disenyawakan, memelihara kandungan, mencegah jangkitan rahim dan ovari. Ia juga digunakan untuk merawat cyst ovari dan endometriosis kronik.

Minyak biji bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan
Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*
Menyokong sistem imun

Omega Guard - mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita

Bagi suami-suami yang asyik komplen merungut isterinya asyik emo tak tentu pasal. Baik belikan isteri anda set untuk mengatur hormon ni. Semoga rumah tangga anda lebih sejahtera dan aman damai. Mari nak hadiahkan sebuah video bagaimana wanita ini menangani masalah haid nya yang tidak datang selama setahun. Setahun ya bukan seminggu, bukan sebulan. Apa yang beliau dah ambik SECARA KONSISTEN sehingga boleh sembuh.


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.
Haid tidak teratur bukan saja bikin susah nak rancang kehamilan, tapi buat sang isteri sokmo emo tak tentu pasal. Bagaimana isteri ini mengatasinya...

Set Hormon
Bagi memudahkan pengguna yang ada kad kredit dan kad debit boleh lah shopping online sendiri dengan cara klik gambar diatas, setelah selesai, hubungi saya seperti maklumat dibawah untuk dapatkan cara makan, tips dan sebagainya. Untuk yang tidak memiliki kad kredit atau kad debit anda boleh hubungi saya terus.
 
Untuk tips, konsultasi produk-produk Shaklee dan ingin mendaftar ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga