Tuesday 27 January 2015

Video Ibu Hamil Anemia Kena Marah Sebab Degil

Anemia berasal dari perkataan bahasa Greek  yang membawa maksud "tiada darah", dan ini merujuk kepada apabila terjadinya kandungan hemoglobin atau dalam bahasa melayunya sel darah merah dalam darah kita rendah. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke setiap sel-sel tisu dalam badan. Oleh kerana semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, peringkat anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus ada untuk memastikan oksigen yang dipindahkan mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Soalan pertama yang ada di fikiran ibu-ibu hamil yang mengalami penyakit Anemia ini adalah apa punca anemia semasa hamil, apa ubat penyakit anemia untuk ibu hamil, nak taw jugak cara nak atasi penyakit anemia dan ibu hamil saja ke yang kena anemia. Pening kepala kan??


Punca Anemia Ibu Hamil
Anemia buat ibu hamil tiba-tiba pening
Perbincangan Anemia kali ini tertumpu kepada ibu yang hamil. Bakal-bakal ibu ini sering mengalami Anemia pada trimester pertama kehamilan iaitu dari minggu pertama sehingga minggu ke 13 kehamilan. Mengapa? Ini adalah disebabkan sel darah merah banyak digunakan untuk pembentukan janin dan mereka yang mempunyai sejarah  Anemia akan berpotensi tinggi untuk mengalami masalah Anemia lagi semasa hamil berbanding ibu hamil yang lain.
Dianggarkan 7 dari 10 wanita yang sedang hamil mengalami Anemia samada yang memang mempunyai masalah anemia dari sebelum hamil atau pembawaan dari kehamilan .
Masalah Anemia akan bertambah berat apabila masuk pada trimester kedua kehamilan iaitu dari minggu ke 14 sehingga minggu ke 27 kehamilan. Ini adalah disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang pada trimester pertama. Ramai ibu mengandung mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan seperti mual, muntah-muntah, jadi disini lah punca ibu hamil kekurangan nafsu makan dan seterusnya menyebabkan gangguan kesihatan akibat kekurangan zat. Padahal ibu hamil sangat memerlukan zat besi 2 kali ganda, jumlah protein, lemak, kalori, vitamin dan mineral juga harus mencukupi. Wanita yang hamil dalam waktu yang dekat dengan anak sebelumnya juga berisiko meningkatkan Anemia kerana zat besi lebih cepat digunakan sebelum badan pulih sepenuhnya dari kehamilan sebelumnya.
Beberapa wanita akan mengalami gangguan Anemia yang teruk apabila kurangnya pengambilan zat besi atau vitamin-vitamin yang lain.
Gejala Anemia yang mungkin dialami ibu hamil adalah
1)      kurangnya nafsu makan dan menyebabkan kurang stamina iaitu tidak cergas
2)      lebih mudah pening dan pandangan tiba-tiba terasa berpinar-pinar
3)      beberapa bahagian tubuh badan nampak pucat seperti kuku, wajah, kelopak mata dan bibir
4)      mengakibatkan sesak nafas dan lemah jantung
5)      daya tahan tubuh badan berkurang kerana zat besi berkurang disebabkan pengaruh sel darah putih dan seterusnya kekuatan melawan mikroorganisma berkurang.
6)      Bagi yang bekerja, akan menghadapi masalah dalam fokus
 
Anemia memang sangat berbahaya jika dibiarkan untuk ibu yang hamil.  Ia akan menyebabkan bayi pramatang, keguguran, bayi lahir cacat dan sebagainya. Ini boleh menyebabkan kesihatan janin terancam malah kesihatan ibu juga akan turut terjejas. Bagi anda yang aktif bekerja setiap hari memang disarankan untuk menjaga pengambilan nutrisi selama waktu kehamilan.

Set Ibu Hamil boleh bantu masalah Anemia

Berikut adalah cara yang dapat anda ambil ketika kehamilan untuk terhindar dari anemia :
1)      Tingkatkan pengambilan makanan yang membantu mengatasi anemia iaitu yang mengandungi zat besi seperti yang berasal dari daging merah, dan ikan. Sayuran yang memiliki daun hijau gelap, kacang dan telur.
2)      Pengambilan Vitamin C dalam membantu penyerapan zat besi seperti buah buahan, jeruk, strwaberi, kiwi dan tomato
3)      Memilih makanan yang mengandungi asam folat yang tinggi seperti roti, sereal, salmon dan sayuran berdaun hijau.
4)      Pengambilan susu secara teratur siang dan malam membantu meringankan gejala anemia
5)      Buat check up selalu dengan doctor apabila menghadapi masalah anemia yang teruk dan mintak saranan sekiranya boleh amalkan supplemen tambahan yang mengandungi zat besi, vitamin. Ini disebabkan alahan, mual-mual membataskan selera makan si ibu.
6)      Pengambilan Vitamin seperti
Vitamin C – membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat
Vita-Lea Iron Formula – membantu tumbesaran bayi dalam kandungan diformulasikan dengan zat besi
B-Complex – sangat penting untuk pembinaan tulang bayi dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin.
Ostematrik – kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi
Omega – DHA dan EPA dari omega Guard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi
Dan vitamin dan fungsi ini hanya terdapat dalam produk Shaklee.
7)      Pemeriksaan darah adalah salah satu cara untuk mengetahui banyak mana kandungan hemoglobin yang berkurang.
Semua fakta kita dah tahu tapi malang sekali kebanyakan mak-mak yang hamil ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan extra badan (sebab dah ada kawan kat dalam). Lagi teruk kalau dah kena morning sicknes dan selalu muntah-muntah..adehh sakitt ooo..kalau betul-betul teruk memang kenalah masuk wad jawabnya. Ada jugak yang kurang yakin kan, nak jugak testimoni punca anemia, cara nak atasi anemia, nak taw ubat penyakit anemia dan macam-macam soalan dah. 
Ok kali ini ada kakak cantik dari Sabah yang bernama Aya Chalo sedia untuk share pengalaman beliau mengenai Anemia semasa hamil ni.  Kisah akak cantek ni anemia sampai kena tahan kat ospital, tu pun masih tak nak dengar nasihat kakak dia Lin Chalo. Nasib baik dapat kakak garang yang merupakan pengedar Shaklee juga jadi boleh lah paksa adik dia Aya ni.

Paksa apa ya? anda tengok lah sendiri ya.. mana taw kes sama..sebijik sama kot..


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Anemia boleh menyebabkan ibu hamil mengandung dengan macam-macam komplikasi. Tengok apa kakak garang dia buat setiap kali mengandung.

 Nak tahu MENGAPA ANDA WAJIB DAPATKAN PRODUK SUPPLEMEN SHAKLEE? DAN INSYA ALLAH TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN ANDA SEMUA.
ANDA BOLEH KLIK "KENAPA SHAKLEE?"
 
nak order shaklee online

 
Bagi memudahkan pengguna yang ada kad kredit dan kad debit boleh lah shopping online sendiri dengan cara klik gambar diatas, setelah selesai membeli, wasapp saya atau call pun boleh untuk dapatkan cara makan, tips dan sebagainya. Untuk yang menghadapi masalah yang sama tetapi tidak mempunyai kad kredit anda boleh hubungi saya terus.

Untuk tips, konsultasi produk-produk Shaklee dan ingin mendaftar ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

.

No comments:

Post a Comment