Saturday 3 January 2015

Tanda-Tanda Leukimia

Pelbagai persoalan bermain di minda ibu bapa pesakit leukimia termasuk si pesakit itu sendiri. Apa itu Leukemia ? Macam mana boleh kena ? Adakah penyakit Leukemia boleh dirawat ? Apakah peluang sembuh ?

Apa itu Leukemia ?

Leukemia adalah sejenis kanser darah yang menyebabkan pengeluaran sel darah putih terganggu. Ini menyebabkan sel darah putih membahagi dengan cepat dan dikeluarkan. Sel-sel ini tidak normal. Apabila bilangan sel-sel ini meningkat, ini akan menganggu keupayaan sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah dan Platelet.

Leukemia dapat dibahagikan kepada Leukemia Akut ( Acute Leukemia ) atau Leukemia Kronik ( Chronic Leukemia) . Untuk golongan kanak-kanak, 95% kes adalah Leukemia Akut. Leukemia Akut pula dapat dibahagikan kepada Leukemia Limfositik (ALL) atau Leukemia yelogenous ( AML) Leukemia akut adalah jenis barah paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak.

Leukimia

Apakah tanda-tanda pesakit Leukemia ?

Di antara tanda-tanda pesakit Leukemia ialah :

Pucat , mudah lebam , bintik-bintik merah pada badan , pendarahan hidung dan gusi, sakit sendi, pembengkakan kelenjar limfa , lemah dan letih lesu dan juga sakit kepala. Sebilangan pesakit lelaki boleh mengalami pembengkakan buah zakar (testis) .

Macam mana boleh kena ?

Tidak ada satu sebab yang telah dikenalpasti untuk penyakit Leukemia. Kajian masih dijalankan untuk mengenalpasti punca penyebab penyakit Leukemia. Kanak Kanak Down Syndrome mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap penyakit Leukemia berbanding kanak-kanak lain.

Bagaimanakah penyakit Leukema dikenalpasti ?

Riwayat penyakit pesakit dan pemeriksaan fizikal akan dilakukan oleh doktor. Doktor juga akan mengambil darah pesakit untuk ujian awal. Darah pesakit juga akan di letakkan atas slaid dan dilihat di bawah mikroskop untuk mengesan sel-sel `blast’ iaitu sel-sel yang tidak normal.

Jika ujian awal menunjukkan ada kemungkinan pesakit mengidap Leukemia, pesakit perlu menjalani prosedur pengambilan sum-sum tulang . Doktor akan menyuntik jarum ke tulang pinggul bahagian belakang untuk mengambil darah dari sum-sum dan juga cebisan tulang. Pada masa yang sama, doktor juga akan mengambil sampel air tulang belakang untuk mengenalpasti sama ada sel-sel kanser telah merebak ke otak atau sebaliknya.

Jika pemeriksaan awal menunjukkan pembengkakan zakar, pengambilan sampel tisu zakar juga perlu dilakukan.

Bagaimanakah Leukemia dirawat ?

Leukemia di rawat dengan ubat kemoterapi. Kemoterapi adalah ubat yang agak kuat yang digunakan untuk membunuh sel-sel kanser. Tempoh rawatan kesuluruhan adalah untuk 2 tahun. Pesakit yang mempunyai sel-sel kanser dalam air tulang belakang juga perlu menjalani rawatan radiasi. Sebahagian rawatan memerlukan pesakit berada dalam wad dan sebahagian yang lain pula boleh dilakukan sebagai pesakit luar ( daycare) . Setelah tamat rawatan, pesakit akan diberi temujanji di Klinik Pakar Kanak-Kanak Onkologi untuk follow up susulan. Sehingga kini, tiada rawatan tradisional atau alternatif yang terbukti untuk membunuh sel sel Leukemia.

Bolehkah pesakit Leukemia sembuh ?

Pesakit Leukemia `Standard Risk’ mempunyai peluang sembuh setinggi 90% . Ini bermakna 9 daripada 10 pesakit Leukemia kanak-kanak mempunyai peluang yang baik untuk sembuh. Seperti juga kanser lain, penyakit kanser darah mempunyai peluang untuk berulang walaupun telah dirawat.

Untuk mengetahui lagi produk apa yang bersesuaian boleh
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

No comments:

Post a Comment