Tuesday 20 January 2015

Peniaga Unta Hampir Mendapat 3 Kali Ganda Keuntungan

Percayalah bahawa Allah mengurniakan "nasib baik" kepada mereka yang cekal berusaha tanpa patah semangat. 

Adakalanya nasib baik boleh datang kepada anda di dalam masa yang begitu singkat.
Ia datang dengan begitu singkat sehingga kadang kala anda tidak tahu ia adalah satu nasib baik yang menghampiri anda. Ia datang di dalam bentuk peluang...

Cuba Anda imbas kembali atau lihat didepan anda..apakah peluang-peluang yang ada...mungkin itu adalah 'nasib baik' anda.

Seorang peniaga unta di sebuah padang pasir mencari haiwan untuk dibeli secara borong dan dijual. Setelah sepuluh hari mencari dan mencari, beliau tidak juga berjumpa dan berhasrat untuk pulang dengan hati yang sedih. Setelah tiba di sebuah kota yang ditutup dengan pagar kerana lewat malam, beliau pun berehat dan mendirikan khemah untuk bermalam di situ dengan harapan dapat memasuki kota tersebut pada keesokan pagi setelah pagar itu dibuka.
 
Ketika berehat pada malam itu, seorang saudagar lelaki di khemah berhampiran menegurnya.

Saudagar tersebut dengan rasa sedih memberitahu bahawa beliau terpaksa pulang ke kampung halaman setelah mendapat khabar bahawa isterinya sakit. Oleh hal yang demikian, beliau berhasrat untuk menjual 100 ekor kambingnya dengan potongan 50% harga kerana mahu bergegas pulang. Peniaga Unta tadi gembira kerana mendapat tawaran durian runtuh. Sekurang-kurangnya tak dapat unta, kambing pun jadi la..
 
Walaupun begitu, satu masalah telah timbul. Oleh kerana terlalu gelap, peniaga unta itu sukar untuk mengira jumlah bilangan kambing yang ingin dibelinya. Saudagar kambing itu merayu agar peniaga unta tersebut membayar wang 50% tersebut dan mengira 100 ekor kambing keesokan harinya bersama-sama hamba saudagar kambing yang ditinggalkan bersamanya. Peniaga unta itu tetap dengan pendiriannya supaya dia tidak akan membayar 50% sehingga kambing-kambing itu dikira.
Pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi, setelah pintu kota dibuka, peniaga unta tersebut melihat berpusu-pusu orang menghampiri khemah saudagar kambing. Rupa-rupanya, kota tersebut sedang menghadapi masalah keputusan makanan dan daging. 100 ekor kambing itu telah dibeli dengan sekelip mata dengan harga 3 kali ganda harga pasaran! Saudagar kambing itu gembira kerana mendapat nasib yang baik. Peniaga unta itu pula hanya melopong mengenangkan nasib baiknya yang baru terlepas dari genggaman.
 
Moral daripada cerita ini :
 
1. Nasib baik datang kepada kita di dalam bentuk peluang yang boleh direbut. Ia tidak datang ketika kita berpeluk tubuh dan mengharapkan sesuatu yang baik menimpa kita ketika kita berjalan di waktu pagi. Pelabur di dalam bidang hartanah akan mencari beratus-ratus hartanah, menilainya sebelum memilih satu yang terbaik. Di dalam 300 buah hartanah pasti ada satu yang bernasib baik yang dipanggil "property of the year".
 
2. Kadang kala nasib baik datang menjenguk di dalam kes peniaga unta itu tadi. Beliau sepatutnya membayar deposit sebanyak 10% atau 20% untuk memastikan bahawa kambing itu akan menjadi miliknya. Menolak peluang yang ada boleh merugikan diri sendiri.

kredit http://drazwan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment