Sunday 4 January 2015

Kesan Asma Keatas Ibu Hamil

Apakah kesan kehamilan yang disebabkan oleh asma?
Apabila wanita-wanita yang menghidap asma hamil, satu pertiga daripada mereka akan bertambah baik, keadaan satu pertiga daripada mereka akan bertambah teruk dan satu pertiga lagi kekal tidak berubah. Walaupun kajian-kajian mengenai kesan kehamilan terhadap asma adalah amat berbeza, beberapa tinjauan mendapati terdapatnya trend-trend kerana yang serupa seperti berikut:

Wanita-wanita yang menghidap asma yang teruk berkemungkinan akan mengalami asma yang lebih teruk sementara mereka yang menghidap asma yang sederhana pula berkemungkinan akan bertambah baik atau kekal tidak berubah.

Bagi wanita yang menghidap asma, perubahan-perubahan yang disebabkan oleh asma akan mempunyai kecenderungan yang serupa pada kehamilan-kehamilan yang seterusnya.

Asma yang teruk berkemungkinan akan muncul pada minggu ke-24 hingga ke-36 gestasi. Pesakit yang menghidap asma sekali sekala (10 peratus) akan mendapat simptom-simptomnya semasa bersalin.

Serangan asma yang berlaku semasa hamil biasanya akan reda dan kembali kepada status sebelum hamil dalam masa tiga bulan selepas bersalin.

Kehamilan mungkin menjejaskan pesakit asma dalam beberapa cara.
**Perubahan hormon yang muncul semasa hamil mungkin menjejaskan kedua-dua hidung serta serangan resdung begitu juga paru-paru.
**Peningkatan hormon estrogen menyumbang kepada kesesakan kapilari ( saluran darah yang amat kecil) pada lapisan hidung, yang mana ia sebaliknya menyebabkan hidung " tersumbat" semasa hamil (terutamanya semasa trimester ketiga).
**Peningkatan hormon progesteron menyebabkan peningkatan pemacuan respiratori dan rasa sesak nafas. Keadaan ini mungkin juga dikelirukan dengan pencetus-pencetus asma yang lain. Spirometri dan aliran kemuncak adalah ukuran bagi sekatan aliran udara (satu penanda asma) yang membantu ahli perubatan menentukan jika asma adalah penyebab berlakunya sesak nafas semasa hamil.

Untuk mengetahui lagi produk apa yang bersesuaian boleh
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

No comments:

Post a Comment