Wednesday 7 January 2015

Cara Mencegah Strok - Tanda-Tanda Strok

Strok atau biasa dikenali dalam masyarakat sebagai ‘angin ahmar’ merupakan punca utama kelumpuhan dan punca kedua kematian orang dewasa di seluruh dunia. Statistic menunjukkan 15 juta orang menghidap strok setiap tahun. Seramai 5 juta akan meninggal dunia manakala 5 juta lagi lumpuh atau cacat kekal. Di Malaysia pula, data Kementerian Kesihatan mendapati strok termasuk lima penyebab utama kematian sejak tahun 2000. Sebelum kita mengetahui cara mencegah dan mengetahui tanda-tanda strok, kita ketahui dulu jenis strok.

Tidak semua Angin Ahmar

Walaupun masyarakat selalu menggelar serangan strok sebagai angin ahmar terhadap semua jenis strok, namun dunia perubatan membahagikan strok kepada dua jenis mengikut puncanya iaitu:

Strok

Strok Berdarah

Berpunca daripada salur darah arteri dalam otak yang pecah. Kebiasaannya berpunca daripada tekanan darah tinggi yang tidak dirawat. Pendarahan yang teruk akan merosakkan tisu bahagian otak yang terlibat. Jika tidak dirawat akan merosakkan keseluruhan otak.

Bergantung kepada bahagian otak yang terjejas dan keseriusan pendarahan, strok berdarah boleh dirawat dengan pembedahan kecemasan untuk menghentikan pendarahan dan mengeluarkan darah demi mengurangkan tekanan pada tisu otak di samping rawatan tekanan darah tinggi. Pendarahan yang lebih serius mungkin berakhir dengan kematian atau lumpuh seumur hidup.

Strok Iskemik

Berpunca daripada salur darah ke arteri tersumbat. Arteri tersumbat akibat pembentukan plak koletsrol atau gumpalan darah pada salur darah arteri pada jangka masa yang lama yang kemudiannya dibawa ke hujung salur arteri yang lebih kecil pada otak.

Maka individu yang mempunyai paras kolestrol tinggi dan tidak dikawal berisiko mengalami strok jenis ini.

Strok berdarah, strok iskemik lebih rendah risiko kematiannya namun akan lumpuh berpanjangan. Bergantung juga kepada bahagian otak yang terjejas, kelumpuhan yang disebabkan daripada strok iskemik boleh dirawat dengan ubat anti-platlet dan rehabilitas

Pra-Strok

Transient Ischemic Stroke (TIA) dianggap sebagai pra-strok iaitu sindrom klinikal yang dimanifestasikan oleh kehilangan tiba-tiba sebahagian fungsi otak serebrum yang mengawal sebahagian badan atau sebelah mata yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah akibat thrombosis atau embolisme (halangan pada salur darah disebabkan formasi atheroma (plak kolsterol) yang bergerak dan menyebabkan penyumbatan dalam salur darah) dari plak kolesterol sebagaimana kes strok iskemik. Namun segala gejala itu berlaku kurang dari 24 jam.

Walaupun tiada gejala neurologi seperti lumpuh atau hilang penglihatan selepas 24 jam, mereka yang menghidap TIA harus dirawat dengan ubat anti-platlet, ubat kolesterol dan kawalan darah tinggi dan diabetes kerana mereka berisiko tinggi mendapat strok iskemik pada masa depan.

Antara gejala-gejala strok dan APA yang perlu anda buat
Cegah Strok

Kebanyakan gejala-gejala strok berlaku secara tiba-tiba tetapi yang teruknya 1/3 kes strok berlaku ketika tidur. Gejalanya hanya disedari pesakit selepas bangun tidur.

Antara Gejala strok:
  • Kebas pada bahagian badan
  • Lemah dan lumpuh pada muka, tangan atau kaki, biasanya berlaku sebelah badan.
  • Sukar berjalan atau hilang imbangan dan koordinasi semasa berjalan
  • Sakit kepala
  • Kabur penglihatan sebelah mata atau kedua-duanya sekali
  • Sukar bercakap atau memahami percakapan orang lain
  • Keliru
  • Mulut senget, air liur berjejeran dan sukar menelan. 
Apa yang Shaklee boleh bantu untuk pesakit strok :

Omega Guard - Melancarkan darah, menghalang pembekuan
B-Complex - Mengurangkan Tekanan
Pyhtocol-ST - menghalang kolesterol baru terjadi
Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

Untuk itu adalah perlu untuk kita lebih menjaga pemakanan dan bersenam bagi mencegah diri kita dari terkena Strok. Sekiranya ada tanda-tanda strok bertindak segera FAST. Jangan bertangguh kerana tisu otak akan rosak dan mati jika tiada bekalan oksigen melebihi 6 jam. Semakin lewat mendapatkan rawatan, maka semakin tipis peluang untuk menyembuhkan kecacatan atau kelumpuhan akibat strok
Set Strok Shaklee

Untuk mengetahui lagi produk apa yang bersesuaian boleh
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

No comments:

Post a Comment