Wednesday 30 April 2014

Set Buasir Shaklee

Buasir adalah penyakit yang biasa berlaku dikalangan masyarakat dan juga biasanya berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung dan berpantang. Malah faktor keturunan juga boleh menyumbang kepada berlakunya buasir.
 
APA ITU BUASIR?
 
Buasir atau hemorrhoid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.
 
Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan jika meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas.
 
Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.
 
Siapa yang selalu kena BUASIR ni?
  • Sesiapa yang meneran terlampau kuat ketika membuang air besar
  • Sesiapa yang duduk pada mangkuk tandas untuk jangka masa yang terlalu panjang .
  • Sesiapa yang mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara.
  • Sesiapa yang mengalami kegemukan atau obesiti
  • Wanita mengandung - Ini kerana janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir
  • Wanita selepas melahirkan bayi - Wanita dalam pantang mungkin juga terdedah dengan BUASIR kerana ada sesetengah mereka ini tidak menjaga pemakanan mereka semasa tempoh berpantang.
Terdapat juga kemungkinan bagi seseorang itu mewarisi keturunan masalah buasir daripada ibubapa. Kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah buasir akan bertambah seiring dengan bertambahnya usia. Otot-otot yang menyokong saluran darah sekitar dubur akan menjadi semakin lemah apabila seseorang itu di usia emas.
 
BAGAIMANA MERAWAT BUASIR?
 
Sebelum anda membuat pemilihan produk untuk penyakit buasir anda, adalah lebih baik anda buat pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Melalui keputusan doktor baru kita dapat konsultasi dengan lebih baik lagi. Bagi pengetahuan awal anda, produk untuk merawat buasir, anda digalakkan mengambil vitamin Shaklee yang terdiri daripada Ostematrix, OmegaGuard dan Zinc Complex.
 
Fungsi setiap suplemen Shaklee ini adalah:
 
Set Buasir Shaklee 
 
 
OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
 
OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OmegaGuard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
 
ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir tahap tinggi dimana najis keluar bersama darah dan proses membuang air besar yang sangat perit dan sukar. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat.
 
Bagi memudahkan pengguna yang ada kad kredit dan kad debit boleh lah shopping online sendiri dengan cara klik gambar diatas, setelah selesai, hubungi saya seperti maklumat dibawah untuk dapatkan cara makan, tips dan sebagainya. Untuk yang tidak memiliki kad kredit atau kad debit anda boleh hubungi saya terus.

Order Set Buasir Secara online

Untuk tips, konsultasi produk-produk Shaklee dan ingin mendaftar ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 
  

Tuesday 29 April 2014

Berat Turun 10kg Shaklee

Produk paling hot sememangnya set kurus shaklee, dan ini adalah testimoni set kurus bajet, tapi tak semua yang cepat kurus hanya dengan Herblax dan Lecithin ya, anda perlu ketahui tahap metabolisme, berat badan dan keperluan berapa yang perlu dikurangkan, dan bersesuaian dengan ketinggian anda. Jangan sampai menyeksa diri ya. Keperluan utama kita untuk kuruskan badan adalah untuk sihat, selesa dan dapat mengerjakan pekerjaan seharian dengan baik terutamanya mengerjakan ibadah.

Before: 66-68 kg
After: 58 kg

" Sy cuma consume Herblax dan Lecithin sahaja. Pada mulanya sy consume utk masalah sembelit yg agak kronik dan kolesterol tinggi (naik bintik kolesterol kt mata dan ikut report medical, kolesterol tinggi), but then after 2 - 3 months badan semakin susut. Kesan yg best: Bintik kolesterol tu dh hilang, kolesterol dh paras normal (kdg2 kurang dari tu) and sembelit makin baik. Sy jenis yg rangka besar, jadi berat sy tak banyak yg turun berbanding org lain, TAPI inch loss mmg banyak. Sekarang ni, kdg2 je sy mcm lecithin dan herblax, bdn tak naik pun. cuma kena kawal makan yer.

Alhamdulillah sy dh dpt berat normal (^_^). To all people out there, kena cuba yer. Kite mampu untuk ubah dan SIHAT. Yang penting, perlu yakin dan konsisten. hehehe

TERIMA KASIH SHAKLEE "....



Set kurus bajet Shaklee

Herb-lax Shaklee


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 

Hubungi saya

Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

Monday 28 April 2014

SHAKLEE Tidak HALAL

Persoalan isu Shaklee halal ke tidak ini berleluasa kerana adanya persaingan produk yang terlampau banyak dan bagai cendawan tumbuh. Dan pengguna sekarang semakin bijak dan Alhamdulillah mereka mementingkan status halal sebelum membeli. Sekarang, teknologi semakin maju dan kita mudah mendapat info terkini melalui internet tapi kena tahu sumber-sumber tersebut boleh dipercayai atau tidak. Dan kita sebagai pengguna perlu rajin membaca, jangan hanya membaca tajuk utama seperti entry saya ini hehe.. yang penting Shaklee sah halal,

Bagi pengetahuan pengguna semua, semua produk dari luar negara tidak akan mendapat sijil halal dari JAKIM, produk dari luar hanya menggunakan sijil asal dari negara masing-masing yang diluluskan oleh pihak JAKIM Malaysia.

JAKIM ada senarai Badan Pensijilan Halal Luar Negara, dan dari situ kita tahu sijil tu betul-betul sah ke tidak.. kita boleh semak 
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf
 
Shaklee Halal

Sijil Halal Shaklee 2014
ini adalah Sijil Halal terbaru dari Shaklee 2014.



Jadi tidak ada isu Shaklee Tidak Halal. Sekiranya ada isu berbangkit boleh terus tanya atau emel kepada pihak JAKIM. Harus diingat juga, status halal untuk produk luar negara tidak boleh di semak melalui sms.


Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 

Hubungi saya 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

Sunday 27 April 2014

Tips Rawatan Mata

Mata adalah anugerah yang diberikan Tuhan kepada kita. Dengan mata kita dapat menikmati segala keindahan yang ada didunia. Namun tanpa kita sedari, kita sendiri yang merusak kesihatan mata itu sendiri. Mulai dari kebiasaan menonton tv atau monitor pc terlalu dekat, menggosok mata, dan lain-lain. Oleh kerana itu perlu kita lakukan pencegahan dan perawatan kesehatan mata sebelum menjadi lebih buruk.


Berikut ini tips kesihatan untuk rawatan mata.
1. pada saat menulis dengan tangan kanan, pastikan cahaya disisi kiri sehingga bayangan tidak menutupi tempat yang akan ditulis.
2. Minum banyak air. Ini memang tips rawatan mata yang efektif.
3. jika terjadi pembesaran lingkaran bawah mata, gunakan timun atau kentang untuk mengubatinya.
4. Guna cermin mata atau payung untuk menghindari sinar matahari langsung.
5. rendam kapas dalam susu panas. letak pada mata, hal ini memberikan efek untuk menenangkan mata.
6. Istirehatkan mata anda setiap 20 menit.
7. Latih untuk mengendurkan otot-otot mata dengan menutup mata pada interval yang tetap. Pada saat menutup mata coba pikirkan hal yang menyenangkan.
8. Mata Merah atau gatal dapat mengunakan air hangat dicampur garam.
9. jika mata cenderung menggembung, cobalah tidur siang sebentar, itu akan membantu.
10. amalkan vitamin-A yang baik untuk mata.
11. jauhi dari lampu yang mengeluarkan panas.


Mulailah merawat kesihatan mata dengan hal yang kecil, kurangkan penggunaan ubat kimia, ganti dengan bahan semulajadi seperti daun sirih, dan yang lain-lain. Kerana dengan mata yang sihat kita dapat terus menikmati keindahan yang ada didunia ini.
(kt kompas.com)


Testi Carotomax

Tips Rawatan Mata Carotomax


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 


Hubungi saya 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536


Friday 25 April 2014

Pneumonia

Pneumonia bayi
Bersama Dr Syed Nazir Syed Kadir

JANGAN cepat panik jika doktor mengatakan anak anda yang masih kecil (termasuk bayi) menghidap pneumonia. Pneumonia ialah keradangan atau jangkitan pada satu atau kedua-dua belah paru-paru yang biasanya disebabkan serangan virus. Bagaimanapun, jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan pneumonia.


Jangkitan ini membuat saluran pernafasan anak ke paru-paru yang masih kecil menjadi bengkak dan menghasilkan lebih banyak cecair berlendir (mukus).

Masalah bengkak dan kehadiran cecair menyekat saluran pernafasan serta mengurangkan kemasukan oksigen ke dalam badan. Pneumonia boleh berlaku pada satu bahagian atau keseluruhan paru-paru.

Lazimnya penumonia berlaku selepas jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami pneumonia sembuh dengan cepat.


Antara tanda dan gejala pneumonia ialah:


# Bayi baru lahir — Bayi baru lahir yang mendapat pneumonia jarang batuk. Tanda yang lebih kerap diperhatikan ialah pernafasan bayi menjadi cepat, mengalami gejala tarik-tarik, pernafasan berbunyi kasar dan hiposekmia iaitu kekurangan oksigen dalam badan.

Apabila mengalami pneumonia, peti suara menjadi rapat bagi meningkatkan tekanan di dalam saluran pernafasan atas dan membuka saluran pernafasan bawah. Keadaan ini menyebabkan pernafasan bayi berbunyi kasar.

Gejala ini juga boleh menjadi petanda penyakit pada saluran pernafasan bawah.

# Bayi lebih besar — Jarang menunjukkan gejala bunyi nafas yang kasar, sebaliknya pernafasan mereka menjadi cepat dan kekurangan oksigen dalam badan. Ini diikuti batuk, hidung tersumbat, demam, tidak selesa dan hilang selera makan.

# Kanak-kanak pra sekolah — Biasanya kumpulan ini mengalami demam, batuk (berkahak atau kering), pernafasan cepat dan tercungap serta hidung tersumbat. Mereka juga mungkin muntah selepas batuk tanpa berhenti.

# Kanak-kanak lebih besar dan remaja — Pada peringkat umur ini gejala yang biasa dialami termasuk demam, batuk berkahak atau kering, hidung tersumbat, sakit dada, kekurangan air dalam badan dan menjadi lesu. Mereka juga boleh berasa sakit perit dan muntah.

# Semua kanak-kanak — Ramai kanak-kanak yang diserang pneumonia cuba mengembang hidung mereka bagi meningkatkan kemasukan lebih banyak udara ke dalam badan.

Ketika ini kebanyakan kanak-kanak enggan makan. Ramai ibu bapa bimbang melihat keadaan anak tetapi ingat, anak anda akan kembali makan apabila berasa lebih sihat dan selesa.

Yang penting ialah memberi anak minum banyak air bagi mengelak masalah kekeringan. Jika anak masih kecil, suap air menggunakan sudu dan untuk bayi, beri susu (melalui botol atau susu badan) sekerap mungkin.

Punca

Banyak organisma boleh menyebabkan pneumonia seperti bakteria, virus, mikoplasma, fungus (chlamydia) dan mikobakteria. Gejala ditunjukkan biasanya lebih kurang sama dan menyebabkan ia sukar dikesan.

Ujian makmal dan radiologi juga kadangkala tidak membantu bagi menentukan punca pneumonia. Rawatan pneunomia berbeza antara pesakit.

Bagaimanapun pada peringkat umur tertentu, pengetahuan mengenai punca dapat membantu doktor membuat pilihan rawatan sesuai.

# Bayi baru lahir (sehingga 30 hari) — Patogen (kuman penyebab pneumonia) mungkin ada di dalam uterus dan bayi mendapat jangkitan ketika dilahirkan atau melalui sentuhan dari orang lain atau peralatan selepas dilahirkan.

# Bayi kecil — Punca paling biasa ialah virus yang menyebabkan kira-kira 90 peratus jangkitan salur pernafasan bawah. Virus pernafasan sinsitia (RSV) adalah patogen paling biasa diikuti virus influenza jenis 1, 2, 3, A atau B.

Jangkitan bakteria pada peringkat umur ini jarang berlaku. Jika ada pun, biasanya dia disebabkan Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenza jenis B (jarang berlaku pada kanak-kanak yang mendapat suntikan imunisasi) atau Staphylococcus aureus.

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan bakteria pneumonia biasanya menunjukkan gejala lesu, tidak selesa, otot menjadi lembik (hipotonia), kekurangan oksigen dalam tisu dan cecair badan menjadi berasid.

Antara kumpulan berisiko ialah:

# Kanak-kanak di bawah umur lima tahun
# Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian
# Kanak-kanak yang kerap mengalami jangkitan telinga

Rawatan

Biasanya pesakit diberi antibiotik (jika disebabkan jangkitan bakteria) dalam masa sebulan selepas mengalami pneumonia. Banyak bukti menunjukkan penyusuan badan dapat melindungi anak daripada serangan bakteria pneumococcus.

Kebanyakan kes jangkitan pneumonia kanak-kanak boleh dirawat di rumah. Apa yang mereka perlu ialah:
# Banyak rehat
# Minum banyak air dalam kuantiti kecil tetapi kerap
# Mereka akan lebih selesa jika dibaringkan dalam kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan
# Jika anak mengalami sakit dada, mereka mungkin perlukan ubat pelega seperti paracetamol
# Jangan beri ubat batuk kepada anak. Ia tidak akan membantu
# Jangan merokok berhampiran anak yang sakit

Keadaan kanak-kanak dengan jangkitan bakteria biasanya bertambah baik dalam masa 24 hingga 48 jam selepas diberi antibiotik. Demam akan kebah, anak lebih bertenaga dan pernafasan lebih lancar.

Bagaimanapun, batuk mungkin berlanjutan beberapa hari hingga minggu. Pastikan anak menghabiskan semua antibiotik yang biasanya diberi untuk tujuh hingga 10 hari.

Jika pneumonia disebabkan jangkitan virus, proses penyembuhan biasanya lebih perlahan, iaitu antara dua hingga empat minggu. Mereka tidak akan diberi antibiotik kerana antibiotik hanya untuk jangkitan bakteria.

Rawatan di hospital


Antara pesakit pneumonia kanak-kanak yang perlu dimasukkan ke hospital ialah:

# Berumur kurang setahun

# Tidak boleh makan ubat

# Mengalami kekurangan air dalam badan

# Mengalami masalah pernafasan teruk

Ketika di hospital, anak anda dipantau dan mungkin memerlukan rawatan susulan. Antibiotik diberi melalui suntikan ke dalam salur darah; jika ia disyaki disebabkan jangkitan bakteria.

Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu oksigen untuk membolehkan mereka bernafas dengan selesa. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan air diberi cecair melalui drip.

Pencegahan

Pastikan anak anda diberi suntikan imunisasi mengikut jadual. Suntikan vaksin flu tahunan juga boleh melindungi kanak-kanak.

Ajar kanak-kanak sekolah rendah untuk tidak berkongsi sudu, garpu, makanan dan alat permainan dengan orang lain. Langkah ini mungkin payah bagi kanak-kanak kecil kerana mereka suka memasukkan permainan ke dalam mulut.

Selain itu, ajar anak membasuh tangan selepas batuk atau bersin untuk mencegah penyebaran bakteria atau virus. 



Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 
 

Hubungi saya 
 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

Pesta Regatta Lepa Semporna Sabah 2014

Setiap tahun di bulan April, daerah Semporna menyambut Pesta Regatta Lepa . "Lepa" tu bermaksud bot/perahu dalam bahasa Bajau. Sepanjang 3 hari pesta ini berlangsung, pelbagai aktiviti dijalankan, pertandingan pelamin tercantik pun ada dan acara kemuncak ialah bot/perahu itu sendiri, perahu dihias dengan cantik dan pertandingan perahu/bot tercantik turut diadakan untuk kampung-kampung. Ini ala-ala kapal berhias la dan pemenang untuk kapal berhias ni pada tahun lepas adalah kampung Selakan iaitu bertempat di Pulau Selakan dimana tempat suami mengajar, dan kami turut tinggal di pulau tersebut..banggaaaa sangat..,

Pada Regatta Lepa tahun ini saya dan kakak ipar membukai gerai jualan. adoiii punya panassss huhu, rasa dimasak dah...huhu...penjual yang lain pun begitu jugak, merungut kepanasan, biasa manusia kan hehe..redah je lah, bersusah-susah dolu, bersenang-senang kemudian.. dengar kata esok malam ada Stacy datang...hehe...

jom kita tengok johan Regatta Lepa tahun lepas...

Regatta Lepas Semporna Sabah
Pulau Selakan memenangi Kapal Berhias pada tahun lepas 2013

Gambar Kenangan Bersama Penduduk Kampung Selakan di Pulau Selakan

Untuk mengetahui cara hendak sampai ke Semporna boleh Hubungi saya :
 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

Thursday 24 April 2014

Ekzema

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah.

Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti
** Dyshidrotic eczema,
** Seborrheic eczema serta
** Atopic
*** Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.

Penyebab ekzema
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tdai normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.

Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah:
# pendedahan kepada bulu binatang
# penggunaan bahan kimia pada kulit
# pemakaian fabrik sintetik
# panas dan berpeluh
# cuaca kering dan sejuk
# tekanan perasaan atau stress
# kulit terlalu kering

5 simptom ekzema
1) kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok
2) lokasi tumpuan ialah dibahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala
3) terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku
4) kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi
5) kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik

Bagaimana merawatnya?
Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil.

Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali. Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.

1)sapuan pelembab. Pelembab kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
2) kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
3) tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan
4) sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
5) tutup bahagian yang gatal dengan pakaian
6) sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
7) Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
8) Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus

untuk produk shaklee, anda boleh dapatkan suplemn yang boleh membantu melegakan eczema anak-anak anda.
Punca Ekzema Shaklee

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 

Hubungi saya 
 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536




Wednesday 23 April 2014

Risiko Waktu Hamil


Ramai wanita mempersoalkan tentang hamil di usia 30-an atau 40-an yang dianggap berisiko tinggi. Di atas usia 35 tahun, memang ada beberapa risiko sama ada ibu (seperti tekanan darah tinggi dan pre eklampsia) dan juga untuk bayi (seperti risiko sindrom down).

Kehamilan pada usia di atas 35 tahun kedengarannya memang menyeramkan tapi seperti yang telah disebutkan, kebanyakan wanita ini berhasil menjalani kehamilan yang sihat dan melahirkan bayi yang sempurna. Memang benar bawaha risiko akan bertambah seiring dengan meningkatnya usia ibu saat hamil. Namun dengan persiapan yang lebih matang, informasi yang lebih lengkap serta bantuan tenaga perubatan, ia akan membantu ibu untuk lebih yakin menjalani kehamilannya.

Sebenarnya tanpa mengabaikan risiko-risiko tersebut, wanita yang berusia di atas 35 tahun juga boleh menjalani kehamilan yang sihat dan melahirkan bayi yang sempurna. Beberapa persediaan perl;u dilakukan sebelum anda mengambil keputusan untuk hamil. 

Ibu Hamil Shaklee


 #INFO Risiko Hamil Pada Lewat Usia

* Terdedah pada masalah pendarahan
* Bayi yang dikandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut
* risiko sindrom down
* masalah jantung
* bayi mati dalam kandungan
* keguguran
* tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak dikawal
* berat bayi kurang
* uri dibawah
* kelahiran kembar

#AMALAN Ibu yang ingin hamil lewat usia
** mengambil ASID FOLIC awal kehamilan untuk mengelak dan mengurangkan risiko kecacatan
** jaga pemakanan. Ambil makanan yang seimbang setiap hari supaya kandungan dan anda mendapat khasiat yang secukupnya


** Shaklee telah mencipta ASID FOLIK - B-complek secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. 
** B-complek membantu tumbesaran/ menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.
** Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 

Hubungi saya 
 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

Tuesday 22 April 2014

Masuk Shaklee Bawa Padah!!

Surpriseeee, 2-3 hari lepas saya dapat emel dari Shaklee, rupa-rupanya LHDN dah kena bayar taxnya..rasa pelik lah jugak saya sorang ka yang kena bayar ni tax, macam taw-taw jak LHDN ni income saya ribu2 masuk setiap bulan, rupa-rupanya semua Pengedar Shaklee dapat..hahha taw takut kan... tapi tak pa...kalau dah mintak bayar kenalah bayar kan..huhu... ni lah padah nya masuk Shaklee, dapat ribu-ribu kena bayar tax haha tapi syokk.. jangan risau Shaklee tak menipu lah, LHDN dah dapat taw kot pendapatan Shaklee sekarang melampau-lampau income pengedar nya hehe

Tapi taklah kena bayar separuh dari pendapatan kita... masukkan lah perbelanjaan kita seharian, kalau dah jadi leader Shaklee ni mesti ada keluarkan sikit belanja untuk anak-anak (downline) contohnya belanja makan masa tengah coaching tu, pergi melawat anak-anak, cucu cicit, keluarkan belanja gi KL ke macam saya baru-baru ni bukan suka-suka, saya nak pergi MASCEL tu untuk saya cerita kan balik ilmu-ilmu dan gambar yang saya dapat pada hari itu, boleh lah buat untuk susur galur saya plak.. kena sedut aura positif leader-leader hebatkan.
shaklee menipu
haa..ni lah moyang kami, saya dah keturunan ke 7 Mazter Azrin tapi hubungan kami macam anak dan mak ..itu keistimewaan kami

Pengedar Shaklee Semporna Sabah
ni disekitar Master Celebration dan sebahagin keluarga Team OMS yang sempat bergambar

Jadi kalau rasa kami layak menjadi keluarga Shaklee anda, boleh mendaftar sebagai Pengedar Shaklee di kawasan anda sekarang.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli Shaklee serta memulakan bisnis? 
Hubungi saya 

Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

Monday 21 April 2014

MASCEL Master Azrin & Azmie 2014 Shaklee

Baru update balik blog Shaklee ni.. sibuk sikit (buat lagi alasan Khadijah) eh betol apa...Jumaat lepas saya pergi ke KL nak sambut Master Celebration Master (MASCEL) Azrin dan suami Azmie yang dibuat di Pullman Putrajaya  pada jam 2-5 petang kelmarin anjuran Shaklee .dan sekaligus buat ghatering bersama group OMS (Oh My Shaklee, Jutawan Dunia dan Akhirat) , group DBTS (Dream Become True Shaklee) dan group SS (Shaklee Star) pada Jumaat malam Sabtu.

fuhhh semua sporting sangat, sanggup turun padang, ada dari Penang, Kelantan, Kedah, Sarawak dan Sabah (saya la tu dari Semporna hee) semata-mata nak raikan moyang kami yang dah naik Master pada tahun 2012 tapi baru diraikan tahun ni kerana sebelum ni, masa selalu tak sesuai sebab Master Azmie kerja Offshore jadi majlis selalu tertunda dan saatnya tiba juga kan...dan ada hikmah jugak lah tunda banyak kali sebab cicit dia ni boleh raikan bersama. ok setakat ni dulu lah cerita pasal Master Celebration dalam Shaklee ni..kita tengok dulu gambar sekitar MASCEL.

Pengedar Shaklee Bintulu
MASTER CELEBRATION MASTERS AZRIN & AZMIE 2014











ni adalah antara gambar kenangan semasa majlis Master Azrin. Hubungan antara kami rapat dan bila mana hubungan itu bukan semata-mata kerana bisnis, tidak ada rasa terpaksa dalam membuat perniagaan atas rasa kasih sayang dan tanggungjawab. itu lah yang diterapkan oleh upline-upline kami. insya Allah ukhuwah yang terbina dunai dan akhirat

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 
Hubungi saya 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

Friday 18 April 2014

Detox Shaklee

Kenapa perlu detox?
Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

Untuk produk Shaklee, ada untuk tujuan detox iaitu Herblax, Alfalfa, Lecithin

Susunan terbaik Herblax > Alfalfa ..Herblax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. So, cara pemakanan perlu diubahsuai untuk bf mommy. 2-3 kali seminggu ke.

Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”..Itu sebenarnya diet paling tak berjaya..Saya boleh jamin yang orang tu akan rebound balik.

Kenapa Lecithin perlukan Detox Product?
Lecithin fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, perlu suggest ambil lecithin dengan combination produk di atas.
Shaklee Set Kurus
Kepentingan Protein?
Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.

Untuk Ibu menyusu, sarankan pengambilan ESP ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.

Jadi, perlukah saya ambil kesemua product?
TERBAIK adalah ambil semua tapi kita faham yang ada alami masalah bajet. Untuk mereka ini, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau alfalfa+lecithin dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah protein. Saya selalu suggest ikut bajet customer sebab tidak mahu membebankan.

Tips diet
(1)   Sila minta customer anda untuk mengambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3)   Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebabbadan sedang shape on semasa stagnant period.
(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea.
(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”
(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7)   AIR KOSONG..25kg bersamaan 1LITER.
(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk n sayur..Bukan tambah nasi yea..
(9)  Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits..senang cakap benda berkhasiat la
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..Ni saya tak ingat penerangannya..
  
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 
Hubungi saya 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536


Thursday 17 April 2014

Pengedar Shaklee Bintulu/Semporna : Kebaikan Vivix Shaklee

Produk anti penuaan Shaklee
Melihat pada harga VIVIX Shaklee pasti ada yang terkejut, tapi cuba anda pilih antara kehidupan yang tiada sebarang masalah kesihatan dengan yang ada masalah, yang mana satu pilihan anda.pasti anda rasa berbaloi memiliki Vivix Shaklee setelah umur semakin meningkat tapi kesihatan masih stabil. Kelebihan Vivix Shaklee yang tinggi anti penuaan pasti memikat hati setiap orang.
Penuaan dan menjadi tua (berusia) adalah 2 benda berbeza. Menjadi tua dan berusia adalah satu proses dalam kehidupan yang mana tiada siapa dapat lari darinya, kecuali yang meninggal di usia muda.
Walaupun kesan penuaan ada kaitan dengan usia juga, yakni pada umur tertentu, tubuh manusia mula hilang keupayaan untuk membahagikan sel dan rangsangan neuroendcrine dari otak dan kelenjar endocrine terhenti. Oleh sebab itu orang berusia berbeza dari segi fizikal dan keupayaan berbanding orang muda.

Manakala penuaan disebabkan oleh perkara2 berikut:-
- DNA yang tidak normal
- Kerosakan sel akibat radikal bebas
- Katabolisma protein yang tidak efisen
- Sebab2 lain

Penuaan sel ini menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan, terutama yang biasanya dihidapi oleh orang-orang berusia.

Antara penyakit2 akibat kesan penuaan:-

  • Kanser
  • Penyakit kardiovaskular
  • Osteoporosis
  • Diabetes
  • Katarak
  • Darah tinggi
Proses metabolisma

Oleh yang demikian, kita perlu menjaga kesihatan bukan saja dari segi pemakanan yang berkhasiat dan seimbang malah juga barang-barang kegunaan harian termasuk pakaian dan perabot rumah, bagi mengurangkan risiko ‘kemasukan bendasing’ ke dalam tubuh kita.
Vivix+Shaklee.JPG

Shaklee Vivix Testimonial
dalam tubuh kita menghasilkan radikal bebas, namun mekanisma antioksidan tubuh kita menjadikan radikal bebas yang terhasil ini tidak memberi kesan kepada kesihatan. Namun dunia moden yang penuh dengan pencemaran serta penggunaan bahan-bahan yang diperbuat dari bahan kimia (walaupun perabot rumah!) menjadikan radikal bebas semakin banyak terhasil dalam tubuh kita. Perkara ini menjadi sebab utama kenapa penuaan sel berlaku.


Promosi Vivix Shaklee

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 

Hubungi saya 
Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536

Wednesday 16 April 2014

Kurang Kalsium Ketika Hamil

Kekurangan pengambilan kalsium boleh menyebabkan masalah semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih teruk lagi, kesannya akan berterusan sehingga ke tua. Sakit tulang belakang dan lenguh-lenguh badan seperti sudah menjadi masalah biasa untuk mereka.

Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Patutlah ada yang rasa takut nak beranak lagi tapi sekali tengok dah 1 team bola anak.

Jadi amatlah perlu bagi ibu-ibu hamil dan ibu yang selepas bersalin atau berpantang mengambil Kalsium untuk mempercepatkan pemulihan dalaman. Mengikut Dr Pakar O & G ibu-ibu hamil perlu mengambil susu 1 liter sehari. Ini bermakna kalau ibu hamil mengambil vitamin Ostematrik, mereka perlu mengambil 4 biji Ostematrik dimana 

 sebiji Ostematrik bersamaan 1 gelas susu susu tinggi kalsium dan bersamaan 80 biji badam

ibu hamil kurang kalsium
Ostematrik lebih dari Kalsium
TESTIMONI SAKIT TULANG BELAKANG DAN LENGUH-LENGUH



 
Situasi mak-mak tengah menyusu anak sambil baring, bangun-bangun tangan kebas, tengah nak tidurkan anak, bangun-bangun sakit pinggang dan sebagainya, ini adegan yang biasa kita lihat dan dengar dan mungkin anda sendiri sedang mengalami benda yang sama. Akan tetapi berlainan dengan apa mak sorang ni alami, sedikit sama dan sedikit berbeza. 
 
Beliau melahirkan anak pertama dalam umur masih muda iaitu 25 tahun, masih muda kan dan umur 26 tahun iaitu masa berpantang beliau menghadapi masalah KEKURANGAN KALSIUM YANG TERUK. Mengalami masalah sakit punggung, sakit tulang belakang dan yang paling teruk beliau tak mampu nak dukung anak walaupun berat badan anak hanya beberapa kilo sahaja. Masalah lain masa baring mengiring nak menyusukan anak pun beliau alami sakit kebas dan lenguh pada lengan sehinggakan menimbulkan ketulan di tangan.
 
Masalah kekurangan kalsium ini pun turut dialami oleh anak beliau yang tumbuh gigi pada umur lebih kurang 5 bulan, gigi dia mengalami decay (pereputan) yang sepatutnya dialami oleh kanak-kanak yang dah mula makan benda yang keras. Berpunca dari situ lah Puan Ida Khairani mula mengambil Vitamin Kalsium Shaklee iaitu Vitamin Ostematrik yang setiap biji mempunyai 250mg kalsium. Masalah gigi reput berhenti bila dah masuk gigi yang keempat iaitu semasa Puan Ida dah mula mengamalkan Ostematrik. Untuk kehamilan buat kali kedua, beliau mencuba satu Set Lengkap Hamil iaitu Ostematrik, Vitalea Iron Formula,  Bcomplex, Vita C Plus dan juga ESP. Syukur Alhamdulillah beliau tidak lagi mengalami masalah yang beliau hadapi pada kehamilan sebelum nya katanya gembira.
 
Secara ringkas Manfaat utama Ostematrik adalah
Menguatkan Tulang
Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-Kebas
Meringankan Stres
Memperbaiki Masalah Haid
 
Perbezaan Vitamin Kalsium Shaklee ini adalah ia mengandungi Vitamin D, Magnesium, Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum dimana kesemua ini memang diperlukan apabila ingin memilih vitamin kalsium yang terbaik. Kesemua ini diperlukan untuk penyerapan yang terbaik kepada tulang.
 
Kenyataan ini pula saya ambil dari berita Kosmo “Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

khasiat kalsium shaklee
Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan kalsium iaitu susu, sama ada tidak menyukainya atau ada pula yang mempunyai masalah untuk minum susu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang terutama bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dengan lebih cepat.

Kehilangan kalsium
Testimoni Kebas Hilang

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini disebabkan daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi. Jika ada yang memberitahu pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang tidak betul. Sebetulnya, ibu-ibu terutamanya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mambantu proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. Pengambilan kalsium yang secukupnya juga didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.

Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi. Ini bagi mengelak kejadian seperti sakit pinggang, kebas, lenguh dan yang paling teruk memberi kesan pula dengan anak yang dilahirkan.

Artikel Penuh: http://goo.gl/lPHecW

Untuk dapatkan Vitamin Kalsium anda perlu hubungi saya seperti yang tertera di bawah dan sekiranya anda ingin membeli menggunakan kad debit atau kad kredit anda hanya perlu klik gambar dibawah. Seterusnya anda boleh dapatkan penerangan cara makan dari saya.

Ostematrik
Untuk tips, konsultasi produk dan ingin menjadi ahli sila
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ |

Emel: whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga 
 
 

Tuesday 15 April 2014

Ubat Tenaga Batin Lelaki


Perbezaan Shaklee
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik sepeti cadmium dan plumbum dari tubuh. Zinc Complex bukan sahaja untuk lelaki tetapi sesuai untuk wanita. Itulah kelebihan Zinc dan produk shaklee yang lain. Bagi yang mempunyai jerawat yang banyak boleh juga mengamalkan Zinc Complex ini. Bagi lelaki semestinya bagi membantu mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma.

Manfaat Utama
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim – zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protin, seterusnya meransang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolism gigi dan pertumbuhan para remaja.
  • Membentuk Kolagen – membantu pembentukkan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Memperbaiki lebihan gula – membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki lebihan gula (Diabetes)
  • Bintik Putih DiKuku – bintik putih dikuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.
  • Mempertingkatkan Sistem Imun – membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar  thymusmempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
  • Mempercepatkan Pemulihan Luka – mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zinc dan tabur keatas luka untuk mempercepatkan pemulihan zinc.
  • Memperbaiki masalah Prostat – melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.
  • Kemampuan Seks Lelaki – pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Ovulasi Wanita – wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.
  • Memperbaiki Radang Kulit – kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.
  • Mengekalkan Deria Bau – untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitive (rasa dan bau)
Kelebihan Zinc Complex

Zinc adalah suatu khazanah lelaki

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee dan ingin menjadi ahli serta memulakan bisnis? 
Hubungi saya 

Khadijah Abdullah
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Semporna Sabah
FB Personal: Khadijahabd  |   
ID 892674
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536