Friday 7 March 2014

Tanda-tanda bayi kenyang menyusu

bayi menyusu
Bagi bayi yang menyusu badan mesti si ibu pernah tertanya-tanya

 "anak ku ni dah kenyang ke tidak?",

 "susu yang dia dapat cukup ke tak?",

 "banyak kali menyusu tak kembung ke perut budak ni?"

 Pernah tak susah hati begitu? Lebih-lebih lagi bila nampak dia menyusu dengan kerap seolah-olah kelaparan padahal baru je kan menyusu,

Bermacam-macam persoalan yang timbul, lebih-lebih lagi yang baru pertama kali melahirkan, pengalaman memang takda jadi risau tu memang tahap maksimum.. takpa.. sekarang jom kita kupas isu ini dan bagaimana kita nak tahu tanda-tanda si manja kita kenyang dan susu ibu tu mencukupi ka tidak untuk bayi kita.

Yang perlu ANDA tahu?
  • susu badan akan selesai dicernakan dalam 2 jam selepas dia menyusu, ni antara faktor kenapa dia asyik menyusu dan lapar.
  • Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu 8-15 kali sehari pada 3 atau 4 hari pertama kehidupannya
  • Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas mingu pertama.
  • Bayi akan terus menyusu begini sehinga satu mingu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke 8-10 kali sehari
  • susukan bayi anda sekerap yang dia perlukan
Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  •  Kulit Bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  •  Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:

  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.
Untuk cadangan makanan tambahan atau lebih dikenali sebagai suplemen atau nama glamer vitamin, saya boleh bagi cadangan mengikut bajet anda.
set menyusu mengikut bajet

KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu Sarawak / Semporna Sabah

No comments:

Post a Comment