Wednesday 12 February 2014

Tanda-Tanda Dan Gejala Putus Haid (Menopause)

Salam semua, entry kali ni adalah lagi berkaitan mengenai produk Shaklee iaitu Gla Complex, sebut saja Gla pasti dikaitkan dengan kesuburan kan? dan untuk wanita-wanita yang mengalami masalah period dan sewaktu dengan nya.

Kali ni plak kita bincang mengenai Gla Complex untuk yang nak atau sudah putus haid atau lebih dikenali sebagai MENOPAUSE/MENOPOS , saya pasti dan sangat pasti ini adalah saat nya atau masanya yang sangat-sangat ditakuti oleh semua wanita yang sudah berkahwin, kalau dah putus haid maksud nya kita tak boleh nak dapat zuriat lagi dan serba sedikit hormon kita terganggu dan menyebabkan kerosakan hubungan kelamin. 
kt Dr.Salam Fayyad 

Apa itu menopause?
* Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
* Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
* Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap

Bila menopause berlaku?
Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?
Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :

* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
* Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
* Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
* Jangkitan viral
* Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui.

Apakah tanda-tanda menopause?
Tanda tanda menopause terbahagi kepada:

1. Gejala vasomotor
* Panas dan kemerahan dimuka
* Berpeluh
* Denyutan jantung yang laju
* Serangan kegugupan (panik)
* Susah tidur

2. Gejala mental
* Emosi yang berubah-ubah
* Suasana perasaan yang berubah-ubah
* Keletihan
* Kurang daya ingatan
* Mudah tersinggung
* Kurang daya seks

3. Gejala saluran kencing/Urogenital
* Kekeringan faraj
* Kerap kencing
* Kencing tidak terkawal

4. Penyakit tulang
* Tulang menipis (osteoporosis)
* Ketinggian badan mengurang
* Kepatahan tulang

5. Lain-lain gejala
* Kulit menipis ( atrophy )
* Kehilangan anjalan kulit
* Kulit kering
* Rambut bertambah gugur
* Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?
85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka (hot flush)

* Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
* Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
* Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
* boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

Apakah komplikasi-komplikasi menopause?
* Penyakit jantung
* Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh )
* Angin akhmar ( stroke )

Adakah rawatan untuk tanda tanda menopause?
Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:

* Makanan berkhasiat
* Elakan merokok
* Selalu bersenam
* Berfikir secara positif
* Melakukan pemeriksaan Pap Smear
* Melakukan pemeriksaan payudara




Apakah kesan emosi wanita yang putus haid?

Hormon estrogen boleh dianggap sebagai bahan penyeri kepada paras wanita. Ia juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita. Ekoran dari ketandusan hormon estrogen berbagai masalah jiwa dan emosi seperti kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka menjadi sangat sensitif dan mudah merajuk. Selera mereka dan tidur mereka mudah terganggu. Mereka sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang mereka dibuat menjadi serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila bersendirian.


Orang yang mengalami monopouse akan mengalami peubahan


Imej dan Sikap

    * Bina sikap positif dalam kehidupan.
    * Terima perubahan yang berlaku dari segi peranan.
    * Kekalkan aktif secara fizikal dan mental.
    * Teruskan perjuangan hidup. Dapatkan bantuan jika perlu.

Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang mengalami monopouse?


Bagi mengatasi masalah jiwa dan emosi yang berkaitan dengan putus haid, sokongan dari orang yang rapat dengannya seperti suami, anak-anak, sadara-mara dan rakan adalah penting. Suami perlu memahami perubahan akibat putus haid dan memberi bantuan dengan nasihat dan kata-kata yang menaikkan semangat dan keyakinan diri wanita tersebut. Jika masalah yang dialami itu teruk, perlulah ia mendapat nasihat daripada kaunselor atau doktor. Kebanyakan daripada masalah-masalah tersebut hanyalah sementara dan akan lenyap dengan sendirinya.



credit: http://www.infosihat.gov.my/


Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?

Masalah putus haid dan Rawatan menopause
GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.

5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.

Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.

Berminat nak mengetahui mengenai produk Shaklee?
Hubungi saya untuk tawaran istemewa: 

KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

2 comments:

  1. Puan.. berapa harga GLA Complex?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak cik..sori sangat2... saya tak perasan ada yang komen..terima kasih banyak2 sebab sudi tanya ...gla tu rm 91.25 cik.. jika cik masih berminat boleh call/sms/wasapp saya ya khadijah 0138369536

      Delete