Thursday 23 January 2014

Ketam Terbesar Di Dunia


Nama KETAM KELAPA @ COCONUT CRAB bersesuaian dengan habitnya yang suka makan isi kelapa, boleh memanjat kelapa dan yang pelik tetapi benar , ketam ni boleh mengupas kelapa dan memecahkan kelapa dengan sepitnya yang kuat tetapi bukan mengupas kat atas pokok ya... kang tak logik plak hehe... tapi cuba bayangkan kalau dia tersepit tangan kita huhuhu, mau nya tak putus kan... ketam kelapa atau coconut crab ni adalah ketam terbesar di dunia.

nak tahu kenapa saya tiba-tiba post pasal ketam ni, haaa kelmarin suami balik dari sekolah di Pulau Selakan , sebelum ni memang tinggal kat pulau tu tapi semenjak rumah tercabut atap semua akibat ribut, terus trauma plak nak tinggal kat dalam pulau lagi...tapi memang bestt dapat ikan fresh, ketam, sotong denga harga yang sangat murahhh ..eh cerita ketam tadikan kihkih... ok kelmarin ada pihak berita harian pergi ke pulau nak cari ketam ni sebab diaorg dah jumpa kat pulau sipadan spesis ni, jadi kemungkinan besar kat pulau selakan tempat suami mengajar ni pun ada, dipendekkan cerita memang diaorg jumpa. ni gambar ketam diaog tangkap.

asal usul ketam kelapa
Besar tak Besar ???

coconut crab
Ketam Kelapa yang dijumpai di Pulau Selakan

  Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu betapa SABAH, satu-satunya negeri yang mempunyai banyak Ketam Kelapa. Malah ramai juga tidak tahu ketam ini tersangatlah sedap. 

Ketam ini biasanya hidup berhampiran kawasan yang berlubang dan berair tidak jauh dari kawasan yang berpokok kelapa tapi banyak juga spesis yang hampir sama ditemui di sekitar 100 meter di antara laut dan daratan. 

Kelapa bukanlah satu-satunya makanannya walaupun ia seperti makanan ruji dan kegemaran utama ketam yang dikenali oleh orang Inggeris sebagai Robber Crab. Digelar demikian kerana sifatnya yang biasanya seperti pencuri memanjat pokok kelapa senyap-senyap di waktu malam semasa tiada aktiviti di sekitarnya. 
ketam makan kelapa
Ketam ini dikenali di Indonesia sebagai 'Ketam Kenari' dan biasanya ditemui di Pulau Talaud, Sulawesi dan beberapa tempat lain. Di Malaysia secara eksklusif, hanya ada di dua tempat iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai; kedua-duanya di daerah Tawau/Semporna. 

Melihat kepada bentuknya, bagi yang tidak tahu, mungkin akan merasa seram dan geli. Tetapi mereka yang sudah merasa tidak mungkin akan melupakan rasanya kerana memang seperti Ketam, tetapi lebih 'juicy' dan penuh padat dengan daging putih yang tebal. 

Dikatakan harganya sekarang sangat mahal. Jika di restoran biasa, ia mungkin sukar ditemui kerana Ketam ini haiwan terlindung. Dikatakan harganya mencecah RM300 sekilo; namun jika anda melancong ke dua pulau berkenaan; begitu mudah akan menemuinya.
masakan ketam
 
Ketam ini tidaklah ganas atau menyerang manusia atau binatang apapun juga walaupun panjangnya boleh mencecah satu meter. Ketam ini lebih mencintai Kelapa dan tidak akan peduli anda walaupun anda berhampirannya. 

Makanan lain Ketam ini adalah ketam-ketam kecil, buah pandan, burung-burung kecil termasuk juga kulit kayu yang sudah mati. Ketam ini juga boleh dijadikan PET atau binatang peliharaan kerana penjagaannya yang mudah dan tidak ganas. Malah Ketam ini yang sering menjadi mangsa binatang lain selain manusia seperti makanan babi hutan, burung-burung yang lebih besar seperti helang, biawak dan sebagainya.

Namun manusialah ancaman sebenar. Kepada peminat Ketam. Anda tidak sah selagi belum merasa Ketam Kelapa kerana rasanya yang 'super duper delicious'. Datanglah ke Sabah dan lawatlah Pulau Sipadan dan Kapalai kerana Ketam ini banyak dan mudah ditemui. Ada yang mengatakan Ketam ini juga ditemui di beberapa pulau sekitar Pantai Timur yang rimbun dengan pohon Kelapa.

No comments:

Post a Comment