Friday 31 January 2014

Kulit berseri-seri dan gebu

set kecantikan kulit
(SKINCARE @ FERTILITY SET/SET KECANTIKAN KULIT @ KESUBURAN)

Untuk mereka yang menghadapi pelbagai masalah kulit.

Sustained Release Vita-C 500 mg:
Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan. Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.


B-Complex:
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-Complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vita-E Complex®:
Merupakan antioksidan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil Vitamin E atau losyen mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.

Thursday 30 January 2014

Set Sakit Sendi

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. Dan selalunya, sakit otot akan terasa di bahagian-bahagian ini. Apakah ubat sakit otot atau ubat sakit sendi yang sesuai dan kenapa sakit otot ini terjadi?

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

set sendi tulang shakleeAdvance Joint Health Tablet ,Omegaguard, Ostematrix -

Set Sakit Sendi terbaik untuk Sendi yang Sihat. Kombinasi 3 jenis Supplemen Shaklee bagi mengekalkan kesihatan sendi yang berpanjangan.

1) Advance Joint Health Tablet
-menyokong keselesaan sendi
-memelihara tisu penyambung yang sihat
-meningkatkan kesan kusyen
-bebas kondrotoin

2) Omega guard
-melambatkan degradasi tulang rawan
-kurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
-bertindak sebagai pelincir(bergerak lebih bebas tanpa rasa perit)
-mengandungi 1000mg minyak ikan tulen,540mg EPA dan 360mg DHA

3) Osteomatrix
-membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
-mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
-Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah .

Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.


 Antara testi 
gambar testi set sendi


Wednesday 29 January 2014

Kebaikan Lecithin Shaklee


kebaikan lecithin shaklee

Sekilas fakta: Lecitin itu sendiri adalah lemak.. FAT??..oppss.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn .. contoh buat kek...yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans ...dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean... i likeee...Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.
  1. Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecitin Shaklee mengandungi 530mg of Lecitin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)
 kt mama cery

KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah


Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya 

Tuesday 28 January 2014

Tekanan Darah Tinggi

tekanan darah tinggi

Tekanan Darah  Tinggi | hypertension

Hypertension / Darah Tinggi

Jantung merupakan alat pengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan kita. Setiap individu mempunyai tekanan darah yang berbeza. Hypertension / tekanan darah tinggi disebut sebagai penyakit senyap yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II mendapati penyakit ini menunjukkan 24% kejadian.
  • Lebih 2,800000 rakyat Malaysia (semoga kita bukan dalam statistik ini) mengidap tekanan darah tinggi. Lebih malang lagi 80% tidak tahu tentangnya. Darah tinggi juga disebut sebagai pembunuh no 1 di Malaysia.
  • KAjian juga menunjukkan 4.8 juta orang / 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun mengidap darah tinggi.

Jom baca punca dan cara mengelak darah tinggi :-)

 APA PUNCA?


Sebagai penyakit dalam diam, punca2 darah tinggi ni jugak tidak diketahui walaupun selepas berjumpa doktor. Walau bagaimanapun, ia boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • kegemukan
  • umur melebihi 35 tahun
  • tinggi paras kolesterol
  • faktor keturunan / sejarah keluarga
  • pengambilan garam yang tinggi
  • pengambilan alkohol yg berlebihan / merokok
  • uabatan seperti steroid, ubat anti radang bukan steroid  
  • penyakit buah pinggang.

CARA MENGATASI

Tekanan darah tinggi boleh dikawal tanpa ubat-ubatan.
Ubah cara hidup boleh mendatangkan kean yang sanagt baik -
  • amalkan pemakanan sihat
  • kurangkan pengambilan garam dan lemak
  • amalkan senaman berkala
  • dapatkan berat badan yang ideal jika berat badan sekarang berlebihan
  • belajar cara mengatasi tekanan secara berkesan
  • berhenti merokok!

VITAMIN CADANGAN

Pengidap darah tinggi perlu mengambil makanan sihat & seimbang, banyakkan makan sayur-sayuran dan buahan. Sayuran seperti bayam, ubi kentang, buah pisang, kacang-kacangan sangat baik bagi pengidap darah tinggi. BAgaimanapun semuanya perlu diambil secara sederhana. Pengidap hyprtension juga disarankan mengamalkan suplemen vitamin bagi menambah baik tahap kesihatan.
Semestinya vitamin semulajadi yang bebas steroid! 
  • Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular
  • Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
  • Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kompilasi pada jantung juga tau)
  • Lecithin - mengemulsi lemak
  • Garlic - merendahkan tekanan darah
  • ESP - menurunkan tahap kolesterol
  • B comp - menurunkan stress.
  • Ostematrix - Difiensi kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung
  • Vit C - menghalang pembekuan darah

VITAMIN LARANGAN

Tiada kajian khusus yang dijumpai mengenai suplemen vitamin yang dlarang bagi pengidap hypertension. Walaubagaimana pun mereka perlu mengelakkan makan makanan- makanan yang tinggi sodium dan lemak. Makanan yang perlu dielakkan seperti :
  • Mi Segera - mi segera mengandungi sodium yang sgt tinggi.
  • Daging merah
  • Daging ayam berkulit
  • Acar
  • Makanan proses seperti sosej, kentang goreng,daging burger dsb.
  • Kuih-kuih yang tinggi gula seperti donut
  • alkohol
  • Susu - susu baik utk bekalan kalsium tetapi susu juga mengandungi lemak yang tidak boleh diambil secara berlebihan oleh pengidap darah tinggi.
Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan dari pelbagai penyakit berbahaya.

KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya 

Monday 27 January 2014

Sebab Mengapa Haid Lewat

masalah period tak datang " Saya lewat didatangi haid hampir sebulan. Setiap kali datang haid, saya sentiasa mencatatnya di kalendar. Haid saya tidak teratur tetapi tidak pernah pula lewat lebih daripada seminggu. Sehingga hari ini saya lewat 32 hari. "







Ini antara luahan perasaan yang saya ambil dari Harian Metro, bunyi macam pelik tapi sekarang ramai yang mempunyai masalah haid lewat, bila dah datang sehingga berhari-hari lebih dari tempoh kebiasaan, dan ada plak yang sehingga sebulan lamanya tak berhenti.

di sini saya kongsikan 12 sebab mengapa haid lewat datang yang saya ambil dari blog seorang doktor. semoga boleh membantu

☒ 12 Sebab Mengapa Haid anda Lewat


Risau sebab haid tidak datang?
Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

#Tekanan. Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

#Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

#Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

#Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

#Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

☹ #Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

#Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

#Terlalu kurus:
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

#Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

#Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

#Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

ツ Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

ツ Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

kt : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/merancang-untuk-hamil/84-12-sebab-mengapa-haid-anda-lewat.html

Saturday 25 January 2014

TAHUKAH ANDA?? Basic H punca anak tidak lagi asma

TAHUKAH ANDA!!!

Pemilik SHAKLEE #RogerBarnett iaitu billionwan yang berasal dari keluarga usahawan yang memiliki #Burberry, #Beauty.com dan banyak lagi lah, ini antara produk yang pernah korang dengar kan..

Beliau mula kenal dengan Shaklee bila anak beliau menghidapi #asma, banyak produk yang beliau cuba tetapi tak memberi kesan yang positif, dan produk terakhir beliau cuba adalah produk Shaklee iaitu Basic H tetapi secara tak sengaja,


Roger Barnett dan basic H
Roger Barnett Bersama Keluarganya dan Basic H



Basic H shaklee

Al-kisahnya beliau membeli Basic H iaitu termasuk dalam set penjagaan rumah shaklee, shaklee punya produk adalah semulajadi kan , tak ada bahan kimia semua, jadi dipendekkan cerita, selepas beliau guna basic h, anak beliau tidak lagi dikejarkan ke hospital seperti biasa,

maksud nya disini ialah salah satu #punca anak beliau dikejarkan ke hospital adalah dari bahan-bahan chemical yang berada dirumah tersebut, 



Sebab anak kecil ini mengalami irritasi di paru-paru kesan kimia dari penggunaan bahan-bahan pembersih rumah yang berbahaya, beracun dan bertoksin..Semenjak mengetahui punca penyakit anak mereka, mereka telah membuang semua detergent atau bahan-bahan pencuci di rumah mereka dan memulakan kehidupan lebih sihat bersama Get Clean Product dari Shaklee.

Boleh rujuk artikel yang ambil dari #Oprah.com.

Sloan and Roger began using these eco-friendly cleaners inside their house. "We thought they worked terrifically," Roger says. "The great news is that Spencer has never had to go back to the hospital since we switched our products and that really speaks it all for us."

The Barnetts liked the products so much, they bought the company! Now, Sloan says she tries to live in a way that's responsible to the health of her children and to the health of the planet.

Shaklee products, which include everything from dryer sheets to stain removers, are made from pure ingredients and won't leave your house smelling like a lemon tree. "Clean, real clean, doesn't have a smell," Sloan says. "Real clean is good for our children, good for our families."

To help other families go green, the Barnetts are giving every member of Oprah's audience a Healthy Home Pack starter kit, which includes more than a dozen different products. Oprah says she's a big fan of Shaklee's H2 Organic Super Concentrated Cleaner. "Use a couple of drops of this, and it's amazing," she says. "You can clean the windows. You can clean the counters. … You can clean everything!"

Kerana sukakan sangat produk Shaklee ini, Roger Barnett telah membeli Shaklee Corporation! Kini beliau merupakan Chairman dan CEO di Shaklee Corporation. Hebat bukan, bagaimana satu kejadian cemas boleh trigger sebuah keluarga untuk berubah... 

 Even Oprah pun kata, dia adalah big fan Shaklee Basic H2!

kt www.sayamahusihat.com

 
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya:

KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya  

 Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

Cadangan Pengambilan vitamin shaklee

Antara pilihan dari Shaklee untuk anda sekeluarga:

vitamin

Ini adalah cadangan pngambilan vitamin shaklee. Produk shaklee sesuai untuk semua jenis penyakit tetapi sesiapa yang menghadapi masalah kesihatan yang kronik boleh mendapat khidmat nasihat doktor terlebih dahulu, atau sesiapa yang alergik.

BreastFeeding
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Alfalfa, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix, Omega Guard

Confinement
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Zinc, Vitamin-E, Energizing Soy Protein (ESP) & Omega Guard.

Pregnan
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix & Omega Guard.

Anti-Aging
Vivix

Anti-Oxidants
CarotoMax, Vitamin-C, Vitamin-E & Vivix.

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata) & Eczema
Alfalfa, B-Complex & Vitamin-C.

Children (1 tahun ke atas)
OmegaGuard & Meal Shake.

Children (4 tahun ke atas)
Chewable Vit-C (100mg), OmegaGuard & Meal Shake.

Diabetes 

GLA Complex, B-Complex & Vitamin-C.

Kesuburan
Alfalfa, GLA Complex, Vita-E, Zinc Complex, B-Complex & Vitamin-C.

Detox
Alfalfa, Herb-Lax, DTX Complex.

Gout
Performance Drink, OmegaGuard & Alfalfa.

Haji & Umrah
Performance Drink, OsteMatrix, Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C & Fiber Unflavored

Immune Booster
NutriFeron

Period/ Menses
Alfalfa, GLA Complex & OsteMatrix

Men’s Health
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Vitamin-E, OsteMatrix, Omega Guard & Performance Drink (for active lifestyle).

Skin Care
B-Complex, Vitamin-C, Vitamin-E, GLA Complex, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix & Vivix.

Student (12 tahun ke atas)
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Lecithin & Omega.

Weight Management
Lecithin, Cinch Shake Mix & Cinch Energy Tea Mix.

Individu yang tidak boleh mengambil pil
Meal Shake, Energizing Soy Protein (ESP), Vivix & NutriFeron.



Dapatkan produk di atas dan konsultasi percuma untuk paling sesuai untuk anda. Hubungi saya hari ini!

  KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
Blog : khadijahbeautyshop
Email : khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

 
 Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Beza Ubat dan Suplemen





#Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.


2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.


3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.


4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.


5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.


6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.


7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.


3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.


8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


#Supplement ( Vitamin )


1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.


3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.


4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.


5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.


6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.


7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.


8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.


9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.


RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...kerana ubat untuk tahan sakit dan bagi sembuh untuk beberapa tempoh je..(sebab tu doktor suruh makan habis yang dia bagi dan dia tak bagi banyak)


#Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

#Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....


#Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......

Friday 24 January 2014

SHAKLEE HALAL

Alhamdulillah sudah ramai masyarakat kita ambil berat pasal isu halal lagi2 melibatkan makanan yang akan menjadi darah daging…
Di sini KakMa ingin ambil peluang untuk menjelaskan tentang status halal Shaklee baru2 ini ramai telah menyiarkan gambar di bawah :

status halal melalui sms tidak sah



Untuk pengetahuan semua produk shaklee memang tiada dalam senarai halal Jakim ini kerana produk shaklee diproses semuanya Di US dan bahan mentah semua dari US dan produk Shaklee dieksport ke Malaysia.Secara logik sudah tentu pihak JAkim tidak akan pergi kesemua negara yang akan Eksport makanan ke Malaysia semata2 untuk memberi sijil Halal dan sudah tentu pihak US jugak mempunyai badan Halal sendiri , ini kerana kesemua produk Shaklee yang dijual di Malaysia telah pun mendapat Sijil Halal daripada Islamic Services of America (ISA).
Ini penjelasan dari pihak Jakim Sendiri : -

Status halal Jakim


Islamic Services of America (ISA) adalah sebuah badan halal yang iktiraf oleh JAKIM sendiri yang boleh dirujuk di laman web http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf: -



ISA badan halal diiktiraf JAKIM

iktiraf 2

Dan ini sijil Halal yang diluluskan oleh Islamic Services of America (ISA) untuk semua produk shaklee yang di pasarkan di malaysia :-

11382_10151318730453876_1552431603_n 

Secara logiknya bila kita pergi menetap di luar negara atau belajar atau bercuti sekali pun takkan kita nak cari makanan yang hanya ada cop Jakim di negara luar sudah tentu tidak dan kita kena yakin setiap negara ada badan halalnya sendiri.

Jadi bagi semua pengguna shaklee dapatlah makan produk shaklee tanpa was-was dan untuk sebarang tempahan produk shaklee jangan lupa hubungi

KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah


Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya  

Thursday 23 January 2014

Ketam Terbesar Di Dunia


Nama KETAM KELAPA @ COCONUT CRAB bersesuaian dengan habitnya yang suka makan isi kelapa, boleh memanjat kelapa dan yang pelik tetapi benar , ketam ni boleh mengupas kelapa dan memecahkan kelapa dengan sepitnya yang kuat tetapi bukan mengupas kat atas pokok ya... kang tak logik plak hehe... tapi cuba bayangkan kalau dia tersepit tangan kita huhuhu, mau nya tak putus kan... ketam kelapa atau coconut crab ni adalah ketam terbesar di dunia.

nak tahu kenapa saya tiba-tiba post pasal ketam ni, haaa kelmarin suami balik dari sekolah di Pulau Selakan , sebelum ni memang tinggal kat pulau tu tapi semenjak rumah tercabut atap semua akibat ribut, terus trauma plak nak tinggal kat dalam pulau lagi...tapi memang bestt dapat ikan fresh, ketam, sotong denga harga yang sangat murahhh ..eh cerita ketam tadikan kihkih... ok kelmarin ada pihak berita harian pergi ke pulau nak cari ketam ni sebab diaorg dah jumpa kat pulau sipadan spesis ni, jadi kemungkinan besar kat pulau selakan tempat suami mengajar ni pun ada, dipendekkan cerita memang diaorg jumpa. ni gambar ketam diaog tangkap.

asal usul ketam kelapa
Besar tak Besar ???

coconut crab
Ketam Kelapa yang dijumpai di Pulau Selakan

  Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu betapa SABAH, satu-satunya negeri yang mempunyai banyak Ketam Kelapa. Malah ramai juga tidak tahu ketam ini tersangatlah sedap. 

Ketam ini biasanya hidup berhampiran kawasan yang berlubang dan berair tidak jauh dari kawasan yang berpokok kelapa tapi banyak juga spesis yang hampir sama ditemui di sekitar 100 meter di antara laut dan daratan. 

Kelapa bukanlah satu-satunya makanannya walaupun ia seperti makanan ruji dan kegemaran utama ketam yang dikenali oleh orang Inggeris sebagai Robber Crab. Digelar demikian kerana sifatnya yang biasanya seperti pencuri memanjat pokok kelapa senyap-senyap di waktu malam semasa tiada aktiviti di sekitarnya. 
ketam makan kelapa
Ketam ini dikenali di Indonesia sebagai 'Ketam Kenari' dan biasanya ditemui di Pulau Talaud, Sulawesi dan beberapa tempat lain. Di Malaysia secara eksklusif, hanya ada di dua tempat iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai; kedua-duanya di daerah Tawau/Semporna. 

Melihat kepada bentuknya, bagi yang tidak tahu, mungkin akan merasa seram dan geli. Tetapi mereka yang sudah merasa tidak mungkin akan melupakan rasanya kerana memang seperti Ketam, tetapi lebih 'juicy' dan penuh padat dengan daging putih yang tebal. 

Dikatakan harganya sekarang sangat mahal. Jika di restoran biasa, ia mungkin sukar ditemui kerana Ketam ini haiwan terlindung. Dikatakan harganya mencecah RM300 sekilo; namun jika anda melancong ke dua pulau berkenaan; begitu mudah akan menemuinya.
masakan ketam
 
Ketam ini tidaklah ganas atau menyerang manusia atau binatang apapun juga walaupun panjangnya boleh mencecah satu meter. Ketam ini lebih mencintai Kelapa dan tidak akan peduli anda walaupun anda berhampirannya. 

Makanan lain Ketam ini adalah ketam-ketam kecil, buah pandan, burung-burung kecil termasuk juga kulit kayu yang sudah mati. Ketam ini juga boleh dijadikan PET atau binatang peliharaan kerana penjagaannya yang mudah dan tidak ganas. Malah Ketam ini yang sering menjadi mangsa binatang lain selain manusia seperti makanan babi hutan, burung-burung yang lebih besar seperti helang, biawak dan sebagainya.

Namun manusialah ancaman sebenar. Kepada peminat Ketam. Anda tidak sah selagi belum merasa Ketam Kelapa kerana rasanya yang 'super duper delicious'. Datanglah ke Sabah dan lawatlah Pulau Sipadan dan Kapalai kerana Ketam ini banyak dan mudah ditemui. Ada yang mengatakan Ketam ini juga ditemui di beberapa pulau sekitar Pantai Timur yang rimbun dengan pohon Kelapa.

Wednesday 22 January 2014

Jenis Penyakit Tiroid


tiroid

Apa sebenarnya penyakit tiroid ini? Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu sistem yang kompleks. TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Antara yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Perokok

Jenis penyakit tiroid utama

1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis (HYPER)

Hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:-
  • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini akan pulih dengan sendirinya
  • Toxic nodule goiter. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Bad mood
  • Kejang otot
  • Osteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
  • Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut gugur
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

2. Hypothyroidism (HYPO)

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup. Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism
  • Badan rasa lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang indera rasa dan bau
  • Kadar pengepaman jantung perlahan
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
  • Kulit kering
  • Masalah kesuburan
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
  • Muscle cramp dan bengkak
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
  • Percakapan lambat
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk
  • Rendah nafsu seks
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Suara menjadi serak
  • Tak tahan sejuk

Adakah terdapat rawatan semulajadi untuk mengatasi penyakit tiroid?

Ya, kami di Shaklee ada cadangan kepada mereka yang mengalami masalah tiroid iaitu dengan memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi supaya dapat membantu keseimbangan fungsi kelenjar tiroid. Ia turut bergantung kepada jenis tiroid yang dialami.

Suplemen utama untuk masalah hypertiroidisme adalah ESP

                                    ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN (NON GMO)
esp

- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)



Untuk hypotiroidisme

                                  1) VITA-LEA IRON FORMULA

vitalea
- multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)

**Vitalea tidak digalakkan diambil oleh pesakit Hypertiroid untuk    
                                    mengelakkan rembesan hormon yang lebih tinggi.




                               2) VITA-E COMPLEX

vitamin E- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid
(salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


Selain daripada suplemen yang dinyatakan di atas, pesakit tiroid samada Hipo atau Hiper boleh juga mengambil vitamin lain yang baik untuk badan dan mengandungi antioksida yang tinggi seperti B Complex, Vitamin C, Omega Guard (Omega-3), Ostematrix dan paling baik adalah VIVIX. Vitamin-vitamin ini dapat memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi supaya dapat membantu keseimbangan fungsi kelenjar tiroid serta menjamin kesihatan menyeluruh dan tubuh berfungsi dengan baik.

jom lihat testimoni pengguna

testi tiroid
  
KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah


Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya  

 Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

Sunday 19 January 2014

Kelebihan Mendaftar Ahli Shaklee

Promote shakleeeeeeeeeee......bisnezzzzzz...... 

KETAHUI KELEBIHAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

Jom gempur 2014 bersama SHAKLEE
Bonus 2, 3, 4, 5 atau 6 angka..anda sendiri tentukan!!!

Tak salah mencuba,only hard work pays!!! 💰💰

Tiada LOAN diperlukan, MODAL SERENDAH RM65 

Daftar Sebagai Ahli Shaklee


Kelebihan mendaftar Pengedar SHAKLEE

Boleh membeli produk pada harga ahli dgn penjimatan shingga 25%
Usaha mendapat kesihatan yg baik utk seisi keluarga secara SELAMAT
Boleh kumpul point yg ditukarkan menjadi CASH BONUS stiap bulan
SHAKLEE menawarkan pelbagai insentif utk yg ingin berjaya dengan USAHA seperti

 CASH, CAR dan CONVENTION (pakej lawatan antarabangsa dan umrah bgi yg muslim)
Bisnes yg sesuai bgi yg pemalu (sebab boleh online ja), bekerja (boleh part time smbil2 berfb), surirumah, atau sesiapa sahaja..

Kelebihan bersama group 💕Be Shine💕
kami mempunyai jaringan yang sangat membina
access ke support fb dan watsapp group utk ahli sahaja
kami akan berkongsi marketing plan, tips berjaya, knowledge on product dan bermacam2 lagi
yg penting, semuanya penuh kasih syg dan insya Allah membina ukhwah dengan support group yg mengamalkan pendekatan rohani juga




mereka dah berjaya,
kita pun boleh juga..



Hubungi saya:
Pengedar Shaklee Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee Semporna Sabah serta Pengedar Seluruh Malaysia Khadijah Bt Abdullah

ID: 892674
sms/call/wasapp : 0138369536

Saturday 18 January 2014

HANGAT DENGAN ALFALFA

suka..suka..suka...ehh terlebih sudahh

sempena bulan promosi ALFALFA ni kan, nak lah jugak cerita sikit pasal ALFALFA ni, kenapa kalau tanya MR.GOOGLE. ALFALFA banyak dikaitkan dengan hubungan intim, masalah wanita, kembali seperti anak dara, hangat dengan alfalfa lah...macam-macam lagi lah, rasa ingin tahu mengenai alfalfa ni membuak-buak la sangat (sambil tangan kat bahu ahakkkk) 

TAHUKAH ANDA fungsi alfalfa lebih dari khasiat KACIP FATIMAH ???

YAAA!!!! cuba kalau tak percaya... pasti hubungan anda suami isteri HANGAT DENGAN ALFALFA

jom kita baca apa itu alfalfa dan kelebihan nya sampai mana ok?? 

Alfalfa Complex kacip fatimah



Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita.
Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6– membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak;
menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


19 KEBAIKAN UTAMA ALFALFA SHAKLEE:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
 

Sumber :
http://mama-iloveu.blogspot.com/2012/11/kebaikan-alfalfa-shaklee.html


  KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
Blog : khadijahbeautyshop

Email : khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

 Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya  

 Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases