Tuesday 16 July 2013

Masalah Kegatalan pada Vagina

Masalah kegatalan pada vagina

Masalah  kegatalan pada vagina banyak dihadapi oleh gadis dan juga wanita dewasa. Simptom umum yang biasa muncul adalah rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan) dan pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi. 


Penghidap mungkin juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks. Istilah "keputihan" adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.Kalau dibiarkan, cairan keputihan akan keluar dengan banyak dan akan menjadi "secondary infection". Cairan itu akan membusuk, bertukar warna kepada kehijauan, kekuningan atau kecoklatan dan boleh membawa banyak masalah pada rahim seperti kemandulan.

Tips penjagaan kebersihan faraj 

1. Mengelakkan penggunaan sabun ke dalam faraj
Sabun akan mengubah persekitaran berasid faraj (sama ada menggunakan sabun biasa yang bersifat alkali ataupun menggunakan sabun ber pH asidik), lebih-lebih lagi apabila dibilas menggunakan air ke dalam faraj kerana ia akan mencairkan asid ke dalamnya.

2. Teknik mengelap atau mengeringkan faraj
Selepas membuang air, jangan dikesat sebaliknya lap secara menekap bahagian kemaluan hadapan dahulu kemudiannya ke bahagian dubur.

3. Memastikan seluar dalam sentiasa kering
Jika seseorang mudah berpeluh atau melakukan banyak aktiviti, kawasan kemaluan yang bertambah kelembapan ini akan mengundang penyebaran / pemindahan dan pembiakan kuman juga.


Suplemen semulajadi untuk mengatasi masalah kegatalan pada vagina






  • Alfalfa complex sangat bagus dalam merawat keputihan. ini disebabkan klorofil di dalam alfalfa adalah antibakteria. Jadi masalah kegatalan dapat di atasi dengan mengambil alfalfa complex. Selain itu, Alfalfa juga  membantu mengatasi masalah sembelit, membantu penghasilan susu bagi yang "breastfeeding", bertindak sebagai detoks dan juga berfungsi sebagai perapat kepada kaum wanita.


  • ESP (Isolated Soy Protein) jika diambil bersama suplemen-suplemen lain, ia akan bantu penyerapan yang lebih baik semua suplemen yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP. Ia juga membantu pemulihan tisu badan, fungsi enzim dan hormon yang sempurna serta menyokong kesihatan imunisasi badan.

Testimoni pengguna Alfalfa complex dan ESP
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
salam..ehem..just nk share pasal alfalfa n ESP.. sblm ni sy ade masalah gatal2 kt 'tut'... kalau time period,lg la...gatal sgt2, kdg2 sampai xboleh tido... mase pregnant pun kene, sampai kne masuk ubat kt 'tut', sapu cream gynae bg n mkn ubat tahan gatal... then, mase dlm pantang try mkn alfalfa n ESP sbb darah keluar lame kn...so mmg xsanggup nk tahan gatal kt situ.... Alhamdulillah, sejak consume Alfalfa n ESP, mmg hilang terus gatal2 tu.... skrg ni, kalau period pun, dh x risau nk tahan gatal yg tahap dewa kt 'tut' tu...... suke...suke...tq Shaklee....!!!
 
kredit : http://duniavitaminku.blogspot.com/2013/01/masalah-kegatalan-pada-vagina.html


KHADIJAH ABDULLAH
FB Personal: Khadijahabd
http://khadijahbeautyshop.blogspot.com/
FB Page: https://www.facebook.com/khadijahbeautyshop
Email khadijahabd@yahoo.com
Call/SMS/WhatsApp :0138369536
COD Area: Bintulu sarawak / Semporna Sabah

Anda akan mendapat konsultasi percuma dari saya 

Tuesday 9 July 2013

MARHABAN YA RAMADHAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



قال تعالى : يأيها الذين ءامنو كتب عليكم الصيام كما كتب

على الذين من قبلكم لعلكم تتقون


Bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah:183)

Daripada Abu Hurairah r.a. : Rasulullah s.a.w bersabda " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat, Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan" - Riwayat Ahmad, An-Nasai', dan Al-Baihaqi.



1. Bulan Ramadhan ialah satu bulan yang mana Allah s.w.t telah mewajibkan ke atas semua umat Islam untuk berpuasa pada siang harinya. Bulan Ramadhan juga bulan yang penuh kepanasan cuacanya, bulan keampunan (مغفرة) dimana pintu taubat dibuka seluas2nya, bulan ganjaran dimana ganjaran yang melimpah ruah ke atas orang yang sentiasa melakukan amal kebaikan dll & bulan ramadhan juga bulan kerahmatan.

2. Imam Al-Qurtubi Rahimahullah menyebut : Dikatakan bulan Ramadhan bulan kepanasan kerana ianya membakar dosa-dosa dengan melakukan amalan-amalan yang soleh.

3. Mengikut Sirah Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sangat2 gembira apabila kedatangan bulan yang penuh barakah ini. Rasulullah s.a.w akan mengajak para sahabat-sahabat untuk mempertingkatkan amalan-amalan sunat & kesungguhan di dalam amalan-amalan fardhu.

4. Ramadhan ini juga satu medan@boleh dikatakan Universiti Ramadhan. Ia kerana dikatakan satu bulan Tarbiah & bulan Pendidikan dimana jiwa-jiwa kita dilatih dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan2@fadhilat2 Ramadhan.

5. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, bahkan puasa akan lebih sempurna jika kita memelihara beberapa perkara ini:-

  • Memejamkan mata daripada melihat sesuatu yang tercela menurut syara'.
  • Menjaga mulut daripada perkataan@berbicara tentang keaiban orang lain.
  • Menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang dibenci seperti nyanyian yang melalaikan.
  • Menggunakan&memakan makanan yang halal @ menjauhi makanan&minuman yang syubhah.
  • Tidak terlalu banyak makan kerana ianya akan menyusahkan kita untuk melakukan ibadah.

6. Buat akhirnya,
  • Tingkatkan amalan kebaikan kita seperti perbanyakkan solat2 sunat, sedekah dibulan ramadhan ini dengan penuh keikhlasan kerana Allah s.w.t
  • Bangunlah di malam hari untuk bermunajat kepada Allah s.w.t (Qiamullail)
  • Hadirilah majlis2 ilmu dibulan ramadhan : "Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang mendatangi majlis ilmu di bulan ramadhan maka Allah s.w.t akan mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadah satu tahun dan bersamaku di bawah panji2 Arasy".
  • Peliharalah solat jamaah di bulan ramadhan : "Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa memelihara solat jemaah di bulan ramadhan, maka tiap2 rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah s.w.t".

Rebutlah peluang yang ada di bulan yang penuh barakah ini. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal A'lamin.

sumber : http://aqidah-falsafah86.blogspot.com/2011/07/ramadhan-karim.html

dapatkan JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1434H/2013M

http://apps.islam.gov.my/efalak/?q=en/takwim-fenomena